web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Belum Putuskan Cadangan Bawa Balik 2 Rakyat Malaysia Dari Guantanamo

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2023 8:42PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum membuat sebarang keputusan berkaitan cadangan untuk membawa pulang dua rakyat Malaysia yang ditahan di Penjara Teluk Guantanamo, Cuba kerana perkara itu masih di peringkat awal rundingan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya baru memulakan rundingan dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat dan masih terlalu awal untuk memaklumkan apa-apa perkembangan.

“KDN (Kementerian Dalam Negeri) baru sahaja membaca profil serta keadaan terkini mereka dan kami belum sampai kepada ke tahap untuk mereka berpijak di bumi Malaysia.

“Sama ada mereka ini dikategorikan sebagai pengganas atau tidak, kami akan melihat rekod mereka yang lepas,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program KDN MADANI di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak hari ini.

Beliau diminta mengulas perkembangan status cadangan untuk membawa pulang kedua-dua rakyat Malaysia yang ditahan di penjara itu sejak 2003.

Saifuddin Nasution juga berkata KDN telah mengenal pasti sebanyak 155 zon sebagai Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) dadah di seluruh negara.

“Pelbagai inisiatif dan program dilaksanakan oleh KDN melalui AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) untuk mengurangkan KBT ini dan di Kuala Lumpur, terdapat lapan zon KBT antaranya Bandar Tun Razak.

“Alhamdullilah, Bandar Tun Razak telah keluar daripada status berisiko tinggi merah dan berada pada tahap pertama (hijau). Bagaimanapun, usaha yang berterusan perlu dilakukan bagi mengekalkan status ini dan tidak kembali semula sebagai KBT,” katanya.

Beliau turut memaklumkan tiada sebarang laporan diterima melibatkan sebuah parti politik yang dikatakan dihalang oleh polis untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

“Pihak saya hanya menerima aduan berhubung kehadiran polis di lokasi bagi memberi kawalan keselamatan,” katanya ketika mengulas dakwaan PAS mengenai kehadiran luar biasa pihak berkuasa dalam pelbagai aktiviti kempen anjuran parti itu pada PRK DUN Pelangai.

Ketika ditanya mengenai khabar angin bahawa beliau bakal menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Saifuddin Nasution enggan mengulas perkara itu.

Portfolio itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 6 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad