web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendidikan Universiti Percuma Di Sarawak Bermula 2026 - Abang Johari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2023 4:29PM

Orang ramai membanjiri kawasan sekitar tebingan Batang Lupar sempena Pesta Benak 2023 di Sri Aman Sarawak. gambar Facebook kamek sayang sri aman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIMANGGANG - Pendidikan percuma peringkat universiti dan pusat pengajian tinggi milik kerajaan Sarawak untuk anak jati negeri itu dijangka dapat dilaksanakan pada 2026, kata Premiernya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata unjuran pendapatan tahunan Sarawak yang terus menunjukkan peningkatan sejak 2020, telah memberikan keyakinan kepada beliau untuk menetapkan jangkaan itu dimulakan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) oleh kerajaan negeri.

“Saya boleh katakan 2026 (untuk menyediakan pendidikan universiti percuma) sebab saya telah congak-congak kekuatan ekonomi kita akan lebih kuat pada 2026. Kalau 2022 pendapatan negeri dah bertambah hingga (RM)12 bilion, pengiraan (saya) tahun ini kemungkinan kita memecahkan rekod (pendapatan) 2022,” katanya.

Berucap pada majlis penutupan Pesta Benak Edisi ke-20 di sini hari ini, beliau berkata, hasrat menyediakan pendidikan peringkat tinggi percuma ini adalah untuk memastikan lebih ramai lagi anak Sarawak berkelayakan dan berkemampuan menggunakan teknologi baharu untuk memacu pembangunan negeri ini.

“Kita sudah ada sovereign fund (dana berdaulat) untuk masa depan kita dan bakinya akan kita tumpukan kepada pendidikan anak kita dan juga memantapkan ekonomi kita dan juga kita membangunkan lagi infrastruktur kita,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari berkata satu kawasan antara bahagian Samarahan dan Sri Aman sudah dikenal pasti untuk pelaksanaan penanaman padi berskala besar menggunakan teknologi terkini.

Beliau berkata, langkah itu juga adalah pendekatan jangka panjang bagi memastikan Sarawak tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan beras tempatan seperti yang berlaku di tempat lain di negara ini.

“Kita (kerajaan Sarawak) sudah ada dasar mengeluarkan beras menggunakan teknologi baru, anak benih baru. (Kita tidak mahu) apabila beras dah kurang (bekalan berkurangan) barulah nak berkira (untuk mengadakan dasar pengeluaran beras),” katanya.

Menyentuh mengenai penganjuran Pesta Benak itu yang berlangsung sejak 29 September, beliau berkata peningkatan jumlah pengunjung ke acara itu menggambarkan kepesatan perkembangan pelancongan domestik di Sarawak.

Menurutnya pesta ini mampu menarik lebih ramai lagi pengunjung pada masa hadapan sekiranya penganjur dapat mempelbagaikan lagi aktiviti yang dijalankan yang seterusnya dapat menjana pendapatan masyarakat setempat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad