web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aktiviti Seni, Budaya Perlu Diperkasa Seiring Kemajuan Ekonomi - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2023 8:07AM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis perasmian Festival Budaya Putrajaya 2023 di Dataran Putrajaya, malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu aktiviti seni dan budaya di Malaysia diperkasakan seiring kemajuan ekonomi, dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memainkan peranan penting untuk memartabatkan aktiviti berkenaan.

“Sebab itu penting peranan MOTAC dan program yang boleh memartabatkan aktiviti seni, lukisan, puisi,  filem dan teater, pementasan serta tarian.

“Tak banyak negara di dunia boleh pamerkan seni budaya dengan Melayu sebagai terasnya, suku kaum yang lain dari Perlis sampai Sabah,” katanya ketika merasmikan Festival Budaya Putrajaya 2023 di sini, malam tadi.

Anwar berkata, masyarakat berbilang kaum di negara ini perlu menjadikan perbezaan sebagai kekuatan bukannya menjadikan ia sebagai faktor persengketaan.

“Saya percaya rakyat waras yang cintakan negara menghormati nilai kemanusiaan... mereka akan melihat perbezaan kaum, suku kaum dan budaya sebagai kekuatan kerana kepelbagaian membina kehebatan Malaysia tercinta,” katanya.

Menyifatkan sektor pelancongan sebagai bidang yang menjadi penyumbang penting kepada ekonomi negara, Anwar yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan bahawa kerajaan akan memberi tumpuan khusus dari segi peruntukan dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan di Parlimen Oktober ini.

“Maka MOTAC harus percaya tentunya kita (kerajaan) akan beri pemusatan terhadap industri pelancongan termasuk pemerkasaan industri seni dan budaya,” katanya yang turut memuji dan menghargai usaha MOTAC atas inisiatif penganjuran Festival Budaya Putrajaya 2023 yang julung kali diadakan.

Bagi mencapai hasrat memperkasakan aktiviti seni dan budaya, Anwar turut mencadangkan supaya Festival Budaya Putrajaya dijadikan sebagai acara tahunan dalam kalendar MOTAC.

Festival Budaya Putrajaya 2023 yang bermula 28 Septembe hingga hari ini (1 Oktober), dianjurkan MOTAC dengan kerjasama rakan strategik iaitu Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Istana Budaya yang bermatlamat mendekatkan masyarakat umum dan antarabangsa dengan kegiatan seni budaya dan pelancongan Malaysia serta mempromosi pelbagai produk pelancongan yang terdapat di negara ini.

Bertemakan “Perpaduan Melalui Seni Budaya”, program ini juga bertujuan mengukuhkan semangat untuk hidup dalam harmoni dan semangat perpaduan melalui seni, budaya dan warisan.

Antara pengisian menarik yang diatur sepanjang empat hari program adalah 'Putrajaya Culture Fun Run & Gathering' yang menampilkan acara larian lima kilometer dengan berpakaian tradisional, persembahan pentas bercirikan tradisional dengan suntikan semangat kemerdekaan, penjagaan seni, demonstrasi makanan warisan, penjualan produk kraf dan pertandingan serta kuiz seni budaya dan pelancongan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad