web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1 PPS Dibuka Di Perlis, Jumlah Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2023 12:35PM

Sebuah PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Gajah di Arau, Perlis malam tadi selepas banjir kilat berlaku di Kampung Kubang Gajah. - gambar APM Perlis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua negeri di wilayah utara masih terjejas dengan bencana banjir apabila jumlah mangsa di Kedah terus meningkat pagi ini dan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Perlis.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Gajah di Arau, PERLIS dibuka pada 8 malam tadi susulan banjir kilat yang berlaku di Kampung Kubang Gajah akibat hujan berterusan sejak petang semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata PPS itu menempatkan 42 mangsa daripada 16 keluarga dari kampung berkenaan.

Semalam, Bernama melaporkan banjir di Arau pulih sepenuhnya apabila PPS di SK Arau yang menempatkan 38 mangsa daripada 11 keluarga dari Kampung Titi Besi dan Kampung Kebun ditutup pada 2.45 petang.

Di KEDAH, jumlah mangsa terus mencatatkan peningkatan kepada 1,220 orang daripada 372 keluarga pagi ini berbanding 701 orang daripada 201 keluarga malam tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana APM Kedah Mej (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata kesemua mangsa ditempatkan di 11 PPS melibatkan daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Baling.

Empat PPS dibuka di Kubang Pasu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang di Changlun, SK Malau dan Dewan PPK Lubuk Batu manakala dua PPS beroperasi di Kota Setar (SK Taman Aman dan SMK Kepala Batas).

Selain itu, tiga PPS dibuka di Pokok Sena (SK Bukit Hijau, Maahad Tarbiyah Derang dan Surau Permatang Limau) manakala dua PPS di Baling (SK Iboi dan SMK Jerai). - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad