web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fuziah Tak Goyah Dikecam Hebat, Berjanji Mahu Terus Bantu Rakyat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2023 5:48PM

Fuziah Salleh - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kecaman hebat yang diterima Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh susulan penularan video lamanya, tidak memudarkan usaha untuk membantu rakyat.

Malah, Ahli Dewan Negara itu berikrar akan terus membantu rakyat yang tersepit ekoran peningkatan kos sara hidup.

Fuziah berkata, meskipun dikecam hebat terutama melalui media sosial, beliau akan melakukan sebaik mungkin bagi memastikan rakyat mendapat manfaat daripada usahanya itu.

"Akan tetapi saya tidak nafikan berkenaan harga barang hari ini yang begitu mencabar. Saya akui ramai rakyat susah.
“... sebab itu saya usaha buat apa saja yang saya boleh lakukan dalam ruang lingkup dan juga punca kuasa yang ada pada kementerian. Harap netizen memahami," katanya melalui satu hantaran di akaun Facebooknya hari ini.

Sejak beberapa hari lalu, Fuziah menerima kecaman hebat oleh netizen ekoran penularan video lamanya berkaitan perbelanjaan barangan keperluan rumahnya yang berjumlah bawah RM200.

Tarikh pada foto terbabit menunjukkan ia dirakam pada 21 Julai lalu - gambar Facebook
Tarikh pada foto terbabit menunjukkan ia dirakam pada 21 Julai lalu - gambar Facebook

Klip video yang diulang sebar melalui media sosial menunjukkan Fuziah membeli barangan seperti mi segera, sardin, biskut, tepung gandum, minyak masak dan beberapa barang lain dengan harga RM136.30.

"Siapa kata RM200 tidak cukup dan kena RM500," katanya dalam video tular itu.

Fuziah menjelaskan, video tersebut telah diambil di luar konteks selain ia adalah rakaman lama, yang diambil pada Julai lalu ketika berkunjung ke sebuah pasar raya di Langkawi, Kedah.

"Apa motifnya agaknya apabila ada seseorang yang mahu timbulkan kemarahan netizen dengan mengambil satu video lama yang dibuat dalam konteks yang berbeza ketika waktu tersebut, akan tetapi di ‘spin’ sehingga naratifnya berubah.

"Itu latarbelakang saya buat laporan polis kerana itu motif politik mahu jatuhkan saya," katanya. Getaran, 22 September 2023

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar