web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sekolah Pedalaman Akan Diperkasakan Dengan Perkhidmatan CONNECTme NOW

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2023 2:25PM

CONNECTme NOW menyediakan akses yang lebih meluas kepada perhubungan untuk pendidikan, terutamanya dalam kalangan masyarakat luar bandar yang kurang mendapat akses perkhidmatan. - gambar Facebook MEASAT Global Berhad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - MEASAT Global Bhd, penyedia perkhidmatan jalur lebar kawasan luar bandar Malaysia berjaya menghubungkan hampir 600 sekolah di lokasi terpencil di seluruh negara melalui perkhidmatan jalur lebar satelit tanpa wayar berkelajuan tinggi CONNECTme NOW.

Usaha tersebut sejajar dengan komitmennya untuk menyediakan akses yang lebih meluas kepada perhubungan untuk pendidikan, terutamanya dalam kalangan masyarakat luar bandar yang kurang mendapat akses perkhidmatan.

Ketua Pegawai Komersial MEASAT Ganendra Selvaraj berkata model CONNECTme NOW sesuai untuk lokasi yang mempunyai sedikit atau tiada sambungan darat dan menyediakan akses yang saksama dan kos yang lebih rendah bagi setiap sekolah.

“MEASAT berbesar hati untuk bekerjasama dengan Maxis untuk mengembangkan liputan jalur lebar satelit berkelajuan tinggi ini, ke lebih banyak sekolah melalui perkhidmatan CONNECTme NOW kami.

"Dalam era ini, kemudahan akses Internet sebagai utiliti asas sebaimana bekalan air dan elektrik, jalur lebar satelit boleh merapatkan jurang digital bagi baki tiga peratus rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan terpencil tanpa infrastruktur telekomunikasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perkhidmatan CONNECTme NOW boleh menyediakan peruntukan jalur secara dinamik atas permintaan.

Ia memandangkan peruntukan kuota disediakan berdasarkan keperluan setiap pengguna, sekolah dengan populasi dalam mana-mana saiz sama ada kecil atau besar, malah boleh ditingkatkan dengan mudah menggunakan perkhidmatan ini, sekali gus menangani kemungkinan berlaku kesesakan lebar jalur.

Perkhidmatan sambungan Internet akan memberi manfaat kepada guru dan pelajar dengan menawarkan kelajuan muat turun sehingga 100 megabait sesaat, bagi setiap kawasan.

Selain kuota yang diperuntukkan untuk sekolah, kuota tambahan boleh dibeli berdasarkan keperluan dan kegunaan peribadi setiap pengguna. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad