web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beri Kebebasan Kepada Petani, Hapuskan Sistem Kuota - PeSAWAH

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2023 12:58PM

Kebebsan untuk petani membuat pilihan termasuk untuk membeli benih dan baja dilihat boleh membantu meningkatkan pengeluaran hasil padi. - gambar Facebook PeSAWAH

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan seharusnya memberikan kebebasan kepada petani khususnya pesawah padi dalam membuat pilihan bagi input pertanian mereka.

Setiausaha Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Nurfitri Amir Muhammad, berkata masanya sudah tiba untuk ia dilaksanakan bagi menjamin kualiti hasil dan tuaian padi negara.

Beliau berkata, kerajaan juga seharusnya menghapuskan sistem kuota serta menyalurkan subsidi secara terus kepada petani.

Katanya, dengan cara itu petani mempunyai lebih banyak pilihan serta persaingan untuk kualiti benih dan baja.

"Ia berikutan beberapa isu berkenaan pengurangan hasil membabitkan input pertanian seperti baja, benih dan lain-lain yang dibekalkan kepada petani melalui sistem subsidi tidak berkualiti.

"Jadi apabila ada kebebasan petani boleh memilih jenama-jenama baja, benih, ia lebih penting buat petani," katanya kepada Getaran.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan krisis kekurangan beras putih tempatan (BPT) dan juga kenaikan harga beras import di peringkat dunia.

Nurfitri berkata, kerajaan juga sudah boleh menggalakan pesawah padi untuk mencuba pertanian alternatif bagi tanaman berkenaan.

Katanya, berdasarkan hasil kajian, kaedah penanaman padi menggunakan kaedah Sistem Intensifikasi Padi (SRI) menunjukkan penghasilan yang lebih banyak berbadingan kaedah biasa yang diguna pakai sekarang.

"Ada banyak kaedah seperti kaedah SRI yang terbukti tidak memerlukan banyak air, menghasilkan padi yang lebih banyak.

“Walaupun di peringkat permulaan akan ada cabaran kerana tanah baru nak disesuaikan dengan kaedah tanpa kimia tetapi hasil akan menjadi lebih banyak.

"Apabila ada kepelbagaian benih, kepelbagaian sistem cara untuk melaksanakan penanaman padi ini, ia akan mengurangkan risiko cuaca,” katanya.

Setiausaha Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Nurfitri Amir Muhammad
Setiausaha Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Nurfitri Amir Muhammad

Nurfitri yang juga Ketua Koordinator Forum Kedaulatan Makanan Malaysia berkata, walaupun tahap ketahanan setiap plot bendang berbeza-beza, beliau percaya ada banyak kawasan penanaman yang mampu bertahan dengan tekanan cuaca.

Beliau berkata, kajian juga sudah ada untuk menghasilkan benih-benih padi yang berkualiti dengan pengeluaran padi sehingga 600 butir.

“Bila ada benih-benih yang menghasilkan lebih banyak butir padi, secara automatiknya akan berlaku peningkatan hasil padi," katanya.

Mengulas berkenaan kekurangan BPT yang dihadapi rakyat akhir-akhir ini, beliau berkata petani bukanlah punca kepada masalah itu sebaliknya wujud masalah yang berlaku di peringkat pengilang dan juga pembekal.

Katanya, adalah mustahil bagi petani untuk menyekat atau menyimpan hasil tuaian mereka sedangkan negara menerima sekitar lebih 50 peratus padi tempatan untuk dipasarkan. 

"Isu kehilangan beras tempatan besar kemungkinan berlaku di peringkat kilang dan pemborongan. Jangan salahkan petani, seolah-olah petani yang tidak menghasilkan padi kerana petani masih lagi menjual padi kepada pengilang-pengilang.

"Secara logik, 65 peratus daripada permintaan tahun ini dan tahun lepas dibekalkan oleh padi tempatan.

"Adalah mustahil untuk petani menyorokkan padi, atau jika berlaku pengurangan hasil itu juga mustahil, kerana apa yang berlaku ini terlalu mendadak," katanya. – Getaran, 22 September 2023

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad