web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rasa Tidak Sedap Hati Petanda Berita Buruk Mengenai Bakal Tunang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2023 4:50PM

Keadaan treler di lokasi kemalangan membabitkan 14 kenderaan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara, Putrajaya menghala Puchong, semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Rasa tidak sedap yang dialami seorang jururawat menjadi petanda berita buruk mengenai bakal tunangnya yang maut dalam kemalangan lebih sedozen kenderaan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong, semalam.

Farah Atikah Bakri, 24, berkata dia rasa berdebar-debar selepas mendapat tahu mengenai kemalangan ngeri tersebut, sebelum berkali-kali menghubungi Faris Haziq Abu Bakar, 25, namun tidak berjawab.

Jururawat Hospital Putrajaya itu berkata sebelumnya, dia ada menghubungi bakal tunangnya kira-kira 9.50 pagi dengan Faris Haziq menyatakan sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja.

“Bila tahu mengenai ada kemalangan di Putrajaya, saya hubungi dia banyak kali tetapi tidak angkat… kira-kira 6 petang, kakaknya maklumkan dia sudah tiada.

“Saya terus masuk bilik bedah siasat (Hospital Putrajaya) dan tengok dia (Faris Haziq). Allah SWT lebih sayangkan dia,” katanya yang kelihatan sugul ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Allahyarham Faris Haziq yang juga pekerja Pos Malaysia antara dua penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah treler muatan batu pasir merempuh sejumlah kenderaan termasuk motosikal anggota polis trafik semalam.

Kemalangan kira-kira 10.15 pagi yang melibatkan 14 buah kenderaan iaitu treler terbabit, sebuah lori satu tan, tujuh kereta serta lima motosikal itu berlaku apabila treler berkenaan melanggar kenderaan yang sedang berhenti dalam barisan di laluan terbabit. 

Seorang lagi yang dilapor meninggal dunia adalah pekerja di Mahkamah Ampang, Yuswar Mohd Uyus, 39.

Sementara itu, ibu Allahyarham Faris Haziq, Mazlina Mansor, 56, berkata anaknya ada menyatakan hasrat untuk bertunang dengan pilihan hatinya selepas perkahwinan kakaknya Fatin Hamimi pada 29 Oktober ini.

“Kami memang rancang selepas kakaknya kahwin, kita akan bincang mengenai pertunangan Faris Haziq dengan pilihannya tetapi fokus awal adalah selesaikan urusan kakaknya dahulu,” katanya.

Mazlina berkata, jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Lalang di Semenyih, Selangor selepas proses bedah siasat selesai. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja Bermula Di Putrajaya Di Tengah Ketegangan Sempadan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pegawai Tribunal Kastam Ditemui Maut, Kaki Dan Leher Terjerut ‘Cable Tie’

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 8 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad