web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


80,000 Isi Rumah Dapat Manfaat, Skim Perubatan Madani Diperluas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2023 3:34PM

Dr Zaliha Mustafa ketika menggulung perbahasan usul KSP RMK11 di Dewan Rakyat - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Inisiatif perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan kerajaan melalui Skim Perubatan MADANI kini diperluaskan ke seluruh negara bermula 15 Sept lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata perluasan skim itu dibuat berikutan sambutan yang menggalakkan dengan kini 80,000 isi rumah B40 telah mendapat manfaat daripada skim itu sejak ia diperkenalkan. 

“Lebih 130,000 rawatan kesihatan pesakit luar bagi kes akut telah diberikan melalui klinik swasta dan 80,000 isi rumah mendapat manfaat daripada skim ini.

“Bilangan rawatan yang diberikan hampir mencecah 4,000 sehari dan semakin meningkat. Kini, lebih 1,300 klinik swasta telah mendaftar dan bekerjasama dalam program ini sebagai panel dalam memberikan perkhidmatan,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) bagi Kementerian Kesihatan (KKM) di Dewan Rakyat hari ini.

Dr Zaliha berkata KKM juga mengalu-alukan klinik perubatan swasta di seluruh negara untuk mendaftar sebagai klinik panel Skim Perubatan MADANI dan berharap Ahli Parlimen membantu mempromosi skim berkenaan di kawasan masing-masing untuk memastikan lebih ramai rakyat mendapat kemudahan kesihatan itu.

Skim perubatan ini akan membantu rakyat dari golongan B40 mendapatkan rawatan - gambar hiasan
Skim perubatan ini akan membantu rakyat dari golongan B40 mendapatkan rawatan - gambar hiasan

Skim Perubatan MADANI yang diperkenal sebagai inisiatif bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di fasiliti kesihatan kerajaan, sebelum ini dilaksanakan secara rintis di beberapa daerah dan berperingkat hinggalah skim berkenaan tersedia di 21 daerah seluruh negara setakat Ogos lepas.

Skim itu juga bertujuan membantu rakyat khususnya kumpulan B40 mendapatkan rawatan pesakit luar bagi kes akut di klinik perubatan swasta secara percuma. 

Sementara itu, Dr Zaliha berkata kementerian sedang berusaha meningkatkan bilangan ahli fisioterapi memandangkan nisbah ahli fisioterapi KKM dengan penduduk Malaysia adalah 1:17,878, manakala nisbah ahli fisioterapi kerajaan dan swasta dengan penduduk Malaysia pula adalah 1: 6,800.

“Jumlah ini masih rendah dan jauh daripada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu satu ahli fisioterapi bagi 2,000 penduduk dan hingga 31 Ogos lepas terdapat seramai 1,919 Jurupulih Perubatan Fisioterapi dan Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi di KKM.

“Antara langkah diambil untuk meningkatkan bilangan ahli fisioterapi ialah meningkatkan keluaran graduan Diploma Fisioterapi Institut Latihan KKM dan pada 2022 seramai 76 orang telah menamatkan pengajian iaitu peningkatan sebanyak 46 peratus berbanding pada 2020 iaitu seramai 52 orang,” katanya.

Dr Zaliha berkata kementerian juga melantik Jurupulih Perubatan (Fisioterapi)  secara lantikan kontrak bagi kesinambungan penyampaian perkhidmatan dan hingga 31 Ogos lepas, seramai 207 Jurupulih Perubatan (Fisioterapi) lantikan kontrak sedang berkhidmat di KKM. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

2

Politik 2 tahun yang lalu

Bukan UMNO Runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Skim Perubatan MADANI Tampung Keperluan Kesihatan - Penerima

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Falsafah Madani Tidak Mampan Jika Transformasi Teknologi Tidak Disertai Ihsan

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran