web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ebit Liew VS Mondy, Caprice Gesa Segera Bagi Surat Saman

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2023 8:00PM

Ebit Liew dan Mondy pernah menggemparkan Malaysia satu ketika dahulu - gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Konflik antara penyanyi rap, Caprice dan penceramah bebas, Ebit Lew bagaikan tidak berkesudahan.

Terbaru, penyanyi yang mempunyai 1.4 juta pengikut di Instagram ini menggesa Ebit Lew supaya segera menghantar surat saman kepada Mondy Tatoo.

"Salam @ebitlew, kalau boleh cepat sikit hantar saman tu. Supaya pihak Mondy boleh saman balik sekali dgn bukti,” katanya melalui hantaran di Instagram. 

Dalam hantaran sama, penyanyi itu turut memaklumkan bahagian dua dan tiga pendedahan wanita bertatu dari Indonesia itu akan disiarkan Jumaat ini. 

Menerusi video yang dimuat naik, Mondy mendedahkan bahawa dia tidak pernah berjumpa dengan isteri pendakwah itu, apatah lagi belajar membaca Al-Quran dan solat. 

Jelasnya, pendedahan dibuat itu adalah kejadian sebenar yang berlaku.

"Ini bukan fitnah, ini bukan omong (cakap) kosong, tetapi sampai satu saatnya nanti akan terbukti akan kebenarannya," ujarnya sambil mengesat air mata.

Seperti dijangka, pendedahan dibuat Caprice dan Mondy itu pantas menerima reaksi hangat netizen.

Ketika ada yang menyokong pendedahan dibuat, ada juga netizen berpendirian sebaliknya, termasuk mengambil sikap berkecuali.

“MONDY, EBIT DAN CAPRICE, Ramai orang tag aku pasal Mondy datang KL, jumpa Caprice. Pandangan aku simple je. Kalau Mondy boleh berlakon untuk Ebit, aku tak pelik Mondy juga boleh berlakon untuk Caprice. Mondy mungkin boleh buat apa saja untuk duit.

“Mungkin tak dapat payment dengan Ebit, dia marah. So, Caprice bolehlah ambil peluang untuk membuka mulut Mondy. Pada aku kehadiran Mondy tidak mengubah apa-apa. Yang pasti fakta yang dibentangkan oleh forensik PDRM dah jelas.

“Dalam phone Ebit, ada banyak gambar lucah, dan sejarah melayari laman web lucah. Itu fakta di dalam mahkamah. So, sama ada Mondy bercakap benar atau tidak. Aku tak kisah pun. Aku tak minat nak ambil tahu pun. Pendirian aku jelas.” komen @erywannons.

“AllahuAkbar. Takut bila tgk posting-posting mcm ni.  Ramai komen, fitnah, cemuhan, kata-kata tak baik boleh timbul di ruang komen. Kenapa tidak diserahkan kepada pihak berkuasa. Kenapa kita yg ingin menjadi penghukum? Tidak memihak kepada sesiapa, cuma posting-posting begini lebih banyak cipta kerosakan dari ikhtibar kepada kebaikan,” komen pula @jackezam. 

Seorang lagi pengikut @randomcollections_my meluahkan, “Sorry cap, bukan nak backup sesiapa. Dalam video ni, Mondy menangis, dalam video Ebit Lew pun perempuan ni menangis. So maaf  tak percaya sama perempuan ni. Sya bukan sokong sesiapa ye, just beritahu jer. Cap hebat, ustaz pun hebat.”

Pada pagi Isnin, Ebit yang baru pulang dari Jeddah tampil membuat laporan polis berhubung beberapa fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya (USJ 8), Selangor. 

Ebit Liew membuat laporan polis kerana mendakwa dirinya difitnah - gambar Facebook
Ebit Liew membuat laporan polis kerana mendakwa dirinya difitnah - gambar Facebook

Jelas penceramah bebas itu, dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan peguamnya untuk mengambil tindakan susulan.

“Baru sampai  dari Jeddah 12 malam tadi terus ke Balai Polis buat report mengenai fitnah-fitnah yang teramat melampau dan langsung tidak berasas ke atas diri saya. 

“Saya serahkan pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan. Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya. - Getaran, 18 September 2023

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar