web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penganjur Sedia Bekerjasama Dengan KKD Jadikan Keretapi Sarong Acara Bulan Kebangsaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2023 4:21PM

LOCCO sedia bekerjasama dengan KKD untuk jadikan Keretapi Sarong sebahagian daripada aktiviti Bulan Kebangsaan tahun depan. - gambar Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penganjur program Keretapi Sarong sedia bekerjasama termasuk mengadakan perbincangan dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bagi menjadikan program itu sebahagian aktiviti Bulan Kebangsaan tahun hadapan.

Pengarah program berkenaan Shamsul Bahrin Zainuzzaman berkata pihaknya mengalu-alukan cadangan yang dikemukakan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berhubung perkara itu dan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi menjadikan penglibatan acara itu lebih meluas dan nasional.

“Insya-Allah sekiranya niatnya untuk membawa perpaduan ke tahap lebih tinggi, kami terbuka untuk bekerjasama dan menerima cadangan daripada mana-mana pihak kerana acara ini acara rakyat dan (penganjur) akan kembali kepada orang ramai yang telah menjayakannya dari awal,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Semalam, Fahmi menyatakan hasrat untuk menjadikan program “flash mob” atau persembahan kilat berkumpulan Keretapi Sarong sebagai antara aktiviti sempena Bulan Kebangsaan tahun hadapan kerana sambutannya yang memberangsangkan daripada pelbagai kaum dan usia.

Menurutnya, langkah itu sebagai usaha untuk mempelbagaikan program di peringkat Bulan Kebangsaan supaya ia tidak terhad melibatkan kibar Jalur Gemilang sahaja.

Penganjuran Keretapi Sarong 2023 (KS 2023) semalam yang bertemakan “Etnik dan Perpaduan” bertujuan menyemai semangat cintakan negara walaupun dalam kepelbagaian, sempena sambutan Hari Malaysia.

Ia merupakan program anjuran LOCCO iaitu organisasi yang membantu mempromosikan aktiviti kebudayaan menerusi penganjuran Keretapi Sarong sejak 2017.

Pada tahun ini, acara itu berlangsung serentak di lima bandar utama iaitu Johor Baharu (sepanjang Sungai Segget), Kota Bharu (LaRocka Park), Ipoh (KTMB Ipoh) dan Kuala Terengganu (Kampung Budaya Terengganu), serta di Battersea Power Station (London, United Kingdom). - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad