web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Monsun Timur Laut: LKIM Jamin Bekalan Ikan Mencukupi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2023 6:29PM

Muhammad Faiz Fadzil bercakap dengan pemberita selepas merasmikan Program Rahmah Mesra MADANI Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Kuala Langat. - gambar LKIM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANTING - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bekalan ikan negara mencukupi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut, bermula November ini hingga Mac tahun depan, hasil persiapan awal agensi itu.

Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata antara inisiatif yang telah dilaksanakan termasuk menubuhkan pasukan bertindak bagi mengendalikan pusat pengumpulan stok ikan dalam usaha memastikan bekalan bahan mentah itu tidak terputus.

“Kita telah tubuhkan pasukan bertindak untuk melihat kepada keperluan bekalan ikan. Kita tahu akan berhadapan dengan monsun, kita lihat bagaimana rantaian bekalan ikan itu sentiasa ada dan kita ada stok simpanan dan di LKIM sendiri kita ada bilik beku,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Rahmah Mesra MADANI Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Kuala Langat, di sini hari ini.

Faiz turut menyampaikan bantuan 'Touch Point' dan peralatan penangkapan ikan berjumlah RM36,000 kepada 50 nelayan, meliputi jaket keselamatan, tong ikan, peti pertolongan cemas, lampu jaring dan bakul makanan.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada Selasa ini hingga November dan rantau atau pesisir negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir, yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat.

Monsun Timur Laut dijangka membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar