web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Portfolio Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Akan Diisi Secepat Mungkin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2023 4:08PM

Perdana Menteri beri bayangan kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan diisi segera. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi bayangan portfolio Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dalam Kabinet akan diisi secepat mungkin.

Beliau yang ditemui selepas majlis Solidariti Wakaf Sejuta al-Quran di sini hari ini berkata jawatan itu akan diisi selepas beberapa pertimbangan dibuat.

“Insya-Allah, kita akan isi kekosongan. Kalau ada cadangan sila tulis surat kepada saya secepat mungkin… saya pertimbangkan,” katanya ketika ditanya perkembangan portfolio Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berikutan kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada malam 23 Julai lepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Tugas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ketika ini dipangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

Mengenai saranan agar beliau memberi penjelasan di Dewan Rakyat isu keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada pertuduhan mahkamah, Anwar berkata: ‘Mungkin, Insya-Allah.’

Semalam, media melaporkan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) menggesa Anwar memberi penjelasan di Dewan Rakyat mengenai keputusan DNAA pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri akan datang.

Pada 4 Sept lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada kesemua 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi yang dihadapinya.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar 11 alasan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk menghentikan prosiding kes berkenaan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad