web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengguna Lebuh Raya GCE, AKLEH Kini Boleh Bayar Tol Guna Kad Bank

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2023 1:17PM

Dua lebuh raya bawah PROLINTAS kini menjalankan ujian rintis Sistem Pembayaran Terbuka (SPT) tol menggunakan kad debit, kad kredit atau prabayar. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ujian rintis Sistem Pembayaran Terbuka (SPT) tol menggunakan kad debit, kad kredit atau prabayar kini dijalankan di dua lebuh raya bawah Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) iaitu Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata alternatif pembayaran tol baharu itu tersedia untuk pengguna lebuh raya kenderaan Kelas 1 (kereta) di lorong khas yang ditandakan dengan papan tanda gantri baharu.

“Sistem itu kini dilaksanakan di tiga plaza tol GCE; Tol Plaza Bukit Jelutong, Tol Plaza Elmina dan Tol Plaza Lagong bermula 13 Sept 2023.

“Sementara itu, Plaza Tol Datuk Keramat AKLEH telah menerima bayaran tol baharu sejak 9 Sept lepas.

“Satu lorong di setiap plaza tol dikhususkan untuk sistem secara percubaan mematuhi piawaian Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohammad Azlan berkata ia merupakan tambahan kepada kaedah pembayaran tol sedia ada seperti kad Touch ‘n Go, SmartTag dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Beliau berkata inisiatif itu akan memberi kemudahan dan fleksibiliti yang lebih baik kepada pengguna jalan raya dengan pelbagai pilihan pembayaran tol yang akan menyumbang kepada peningkatan keseluruhan industri lebuh raya negara. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad