web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasangan Suami Isteri Maut, Motosikal Berkuasa Tinggi Langgar Jip Tentera

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2023 7:52PM

Motosikal Benelli TNT yang dinaiki mangsa dan isteri. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GURUN - Pasangan suami isteri maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang dinaiki melanggar belakang sebuah jip tentera, menyebabkan kedua-duanya melambung ke bahagian belakang kenderaan itu dalam kejadian di Kilometer 87, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat sini, hari ini.  

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 2.20 petang itu turut menyebabkan motosikal jenis Benelli TNT itu terbakar hingga mengakibatkan mangsa yang juga seorang tentera melecur. 

Menurutnya, Ridzuan Salleh, 41, menghembuskan nafas terakhir di lokasi kejadian, manakala isterinya, Rosmawati Ismail, 39, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani. 

Jip tentera yang dilanggar mangsa. gambar Rafisqi Radhi
Jip tentera yang dilanggar mangsa. gambar Rafisqi Radhi

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang dipandu laju dari arah Alor Setar menuju ke Butterworth melanggar belakang jip berkenaan, mengakibatkan motosikal berkenaan terbakar di tengah-tengah jalan. 

"Penunggang motosikal itu maut serta-merta di lokasi kejadian dengan ada antara bahagian badannya turut melecur. Isterinya pula disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3.20 petang ketika dirawat di HSAH," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Beliau berkata, kejadian berlaku di jalan lurus dan ketika nahas itu berlaku, cuaca juga berada dalam keadaan baik serta cerah.

"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis masih mengesan saksi kejadian yang dapat membantu siasatan," katanya.  

Sementara itu, Komander Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba (PPGB) Mohd Fauzi Razali memaklumkan, pihaknya sempat memberi rawatan awal kepada mangsa wanita itu, selain memadam kebakaran pada motosikal. 

"Setibanya di lokasi, penunggang motosikal didapati sudah meninggal dunia, manakala wanita itu pula cedera parah di beberapa bahagian badan. Kami kemudiannya memberikan rawatan awal dan menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis," katanya. 

Mangsa, Ridzuan Salleh, dan isteri, Rosmawati Ismail bersama motosikal berkuasa tinggi yang dikongsi di Facebook.
Mangsa, Ridzuan Salleh, dan isteri, Rosmawati Ismail bersama motosikal berkuasa tinggi yang dikongsi di Facebook.

Sementara itu, laman sosial milik pasangan berkenaan mula dilimpahi dengan ucapan takziah daripada kaum keluarga dan sahabat handai. 

Hantaran terakhir Ridzuan di laman Facebooknya dibuat Isnin lalu dengan beliau memuat naik gambar sebuah rumah berwarna ungu dan melakukan 'tag' kepada Facebook isterinya. 

Manakala laman Facebook Rosmawati pula memaparkan gambar beliau dan suami di samping motosikal mereka, dengan status meminta rakan-rakan yang memiliki Instagram untuk memberikan 'like' kepada gambar tersebut. - Getaran 14 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 34 minit yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar