web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mesyuarat KSM, KDN Minggu Hadapan Perhalusi Permohonan Pekerja Asing Bagi 3 Subsektor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2023 4:32PM

Mesyuarat antara KSM dan KDN minggu depan akan memperhalusi mekanisme pengambilan pekerja asing subsektor tukang gunting rambut, tekstil dan tukang emas. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Satu mesyuarat antara Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan diadakan minggu hadapan bagi memperhalusi mekanisme pengambilan pekerja asing bagi subsektor perkhidmatan tukang gunting rambut, tekstil dan tukang emas.

Menteri Sumber Manusia V.Sivakumar berkata mesyuarat itu juga akan memperincikan prosedur dan proses permohonan baharu untuk ketiga-tiga subsektor berkenaan.

“Permohonan (pengambilan pekerja asing bagi tiga subsektor) belum dibuka lagi, mungkin dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar On Combatting Forced Labour in Malaysia di sini hari ini.

Ia sebagai mengulas status permohonan untuk 7,500 kuota pekerja asing bagi ketiga-tiga subsektor itu seperti yang diluluskan Kabinet pada 8 Sept lepas.

Keputusan Jemaah Menteri itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Sept lepas untuk membuka semula pengambilan pekerja asing bagi tiga subsektor perkhidmatan berkenaan yang sebelum ini dibekukan sejak 2009.

Bagaimanapun Anwar meletakkan syarat agar golongan belia tempatan diberikan latihan bagi mengisi keperluan tenaga kerja melibatkan tiga sektor berkenaan.  - BERNAMA

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 minit yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran