web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Banjir Buruk Di Libya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2023 3:48PM

Wisma Putra mengesahkan tidak rakyat Malaysia terjejas dalam kejadian banjir di Libya. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat banjir yang melanda wilayah timur Libya setakat hari ini.

Kementerian dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan dua rakyat Malaysia yang berada di Marsa El Brega sudah dapat dihubungi dan disahkan selamat.

Kementerian juga sedang memantau perkembangan pasca Taufan Daniel yang melanda wilayah itu pada Ahad lalu.

Ribut yang dahsyat itu telah menyebabkan dua empangan di bandar Derna pecah, lalu mengakibatkan banjir besar yang mengorbankan nyawa lebih 8,000 nyawa, manakala 10,000 lain masih hilang.

Korban banjir dijangka terus meningkat mengambil kira usaha-usaha mencari dan menyelamat masih sedang giat dijalankan.

“Malaysia menzahirkan rasa simpati yang mendalam dan mengucapkan takziah kepada semua mangsa dan keluarga yang terjejas akibat Taufan Daniel,” menurut kenyataan itu.

Susulan penutupan sementara Kedutaan Besar Malaysia di Libya sejak 2014, warganegara Malaysia di Libya yang memerlukan khidmat nasihat berkaitan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah beralamat Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK), No. 26, Sabeel Al Khazhindar Street Abbasiyah, Kaherah, Mesir dan menghubungi talian berikut di (+2 ) 012 0027 6388 (pegawai bertugas) atau Tel: +202 4858677 dan +202 4829449 atau e-mel: [email protected]. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Semasa 35 minit yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 minit yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad