web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Basmi Kemiskinan, Kerajaan Fokus Tingkat Pendapatan Isi Rumah – Rafizi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2023 8:00AM

Rafizi ketika menghadiri ‘Power Chat’ Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan kini memberi fokus pada meningkatkan pendapatan isi rumah dan pembasmian kemiskinan akan menyusul (selepas itu), kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata kerajaan sedang melabur dalam infrastruktur bagi mewujudkan program menjana pendapatan yang lestari.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri ‘Power Chat’ Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) dan melancarkan Persidangan Usahawan Cina Dunia Ke-17 (WCEC) di sini hari, Rafizi berkata infrastruktur bukan sekadar ‘alat’ atau ‘instrumen’ malah ia adalah aset yang menjana pendapatan bagi peserta atau penerima daripada keluarga berpendapatan rendah.

Rafizi berkata sebaik sahaja terdapat kemajuan pada usaha meningkatkan tahap pendapatan isi rumah, sebahagian faktor yang diambil kira dalam indeks kemiskinan multidimensi akan bertambah baik, sebagai contoh, akses kepada Internet dan penjagaan kesihatan.

“Apabila tahap pendapatan meningkat, kualiti hidup turut meningkat, jadi fokus pada meningkatkan tahap pendapatan.

“Dengan pendapatan yang lebih baik, mereka boleh menangani kos sara hidup dengan lebih baik dan mampu mempunyai akses kepada semua ciri indeks kemiskinan muldimensi,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 minit yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 27 minit yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar