web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cyber999 Rekod 3,837 Insiden Keselamatan Siber Tahun Ini – Teo

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2023 8:05PM

Penjenayah siber kini menggunakan alatan AI (kecerdasan buatan) untuk menggodam kata laluan, membocorkan maklumat dan menipu pengguna. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 3,837 insiden keselamatan siber direkodkan oleh pusat tindak balas insiden keselamatan siber Cyber999 CyberSecurity Malaysia, dari Januari hingga Ogos tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata empat insiden tertinggi ialah penipuan sebanyak 2,400 kes, pencerobohan (396), berkaitan kandungan (378) dan kod berniat jahat (359).

Beliau berkata hal itu menunjukkan tahap kesedaran awam dalam kalangan pengguna Internet Malaysia perlu ditingkatkan lagi memandangkan rakyat masih menjadi mangsa ancaman siber.

“Bersenjatakan teknologi terkini, penjenayah siber kini menggunakan alatan AI (kecerdasan buatan) untuk menggodam kata laluan, membocorkan maklumat dan menipu pengguna, mengakibatkan pelanggaran data dan kerugian kewangan,” katanya dalam ucaptama sempena pusingan akhir Piala Cabaran CyberSAFE Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan (NICTSed) 2023 di Auditorium Perdana Angkasapuri, Media City, di sini hari ini.

Teo berkata dalam Malaysia menuju ke arah masyarakat berpusatkan maklumat, mengutamakan keselamatan digital dalam sistem pendidikan adalah sangat penting, susulan risiko dan bahaya daripada Internet seperti penipuan dan kecurian identiti.

Beliau berkata wacana seperti NICTSed 2023 memupuk pemikiran kritis, perolehan ilmu, kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar yang meliputi kesedaran keselamatan siber, kerahsiaan data peribadi, perlindungan maklumat dan pengurusan risiko digital.

Teo berkata membina ketahanan siber melibatkan setiap anggota komuniti mempraktikkan amalan siber holistik, daripada melaksanakan amalan keselamatan siber terbaik kepada pembelajaran berterusan, kolaborasi dan perkongsian maklumat.

“Bagi kerajaan dan industri keselamatan siber pula, kita perlu secara berterusan melabur dalam penyelidikan dan pembangunan, perancangan tindak balas insiden, pematuhan kawal selia dan kerjasama antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia Jeneral (B) Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin dalam ucapannya berkata: “evolusi pantas AI terutama AI generatif membawa peningkatan signifikan merentasi industri dan sektor utama dan ironinya, teknologi yang sama memperkasa kehidupan harian kita, kini boleh dijadikan senjata oleh penjenayah siber.

“AI generatif menggunakan pembelajaran mesin untuk menjana teks, video, audio dan imej seakan manusia. Meskipun alatan ini mempunyai pelbagai penggunaan berfaedah, ia juga dieksploitasi oleh pelaku berniat jahat untuk melakukan serangan berbentuk kejuruteraan sosial dan serangan siber yang lebih canggih dan berkesan,” katanya.

Zulkifeli berkata NICTSed, yang dilancarkan pada 2013, bermula sebagai pertandingan debat kebangsaan mengenai keselamatan siber untuk sekolah menengah di seluruh negara.

Beliau berkata sehingga kini, NICTSeD telah disertai 2,264 pelajar daripada 693 sekolah seluruh negara dan bagi edisi tahun ini, sebanyak 133 sekolah mengambil bahagian dengan tiga pasukan muncul finalis bagi pusingan akhir hari ini.

Sekolah Seri Puteri diumumkan sebagai johan NICTSeD 2023 dan memenangi RM5,000, diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Selangor sebagai naib johan membawa pulang RM3,500 manakala SMK Kota Kemuning di tempat ketiga.

NICTSeD dianjurkan oleh CyberSecurity Malaysia dan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Penyiaran dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak. - BERNAMA

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 27 minit yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar