web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Saman Renong: Dr Mahathir Dan Dua Lagi Diarah Fail Pembelaan Sebelum 6 Okt

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2023 5:23PM

Dr Mahathir dan dua yang lain diarahkan fail penyataan pembelaan dalam kes saman Halim Saad. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pihak lain memfailkan pernyataan pembelaan mereka pada atau sebelum 6 Okt ini dalam kes saman dikemukakan ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad.

Selain Dr Mahathir, turut dinamakan sebagai defendan ialah bekas Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan kerajaan.

Pada 2 Ogos lepas, Halim, bekas Pengerusi Eksekutif Renong Berhad, memfailkan saman itu bagi menuntut pampasan berhubung kerugian dialaminya selepas pengambilalihan saham Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Berhad (UEM) oleh kerajaan, hampir 23 tahun lalu..

Peguam Persekutuan, Imtiyaz Wizni Aufa Othman, yang mewakili ketiga-tiga defendan, berkata mahkamah turut mengarahkan plaintif (Halim) memfailkan jawapan kepada pembelaan tersebut sebelum atau pada 23 Okt ini.

"Mahkamah menetapkan 20 Nov ini untuk pengurusan kes selanjutnya dan sebarang permohonan interlokutori jika ada perlu difailkan sebelum tarikh itu," katanya ketika dihubungi selepas pengurusan kes secara e-Review di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nik Nur Amalina Mat Zaidan, hari ini.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Halim, yang juga bekas Pengarah Renong Berhad, berniat membuat tawaran am bagi menswastakan UEM ebagai anak syarikat Renong sekali gus membolehkannya memperoleh kawalan serta milikan penuh ke atas UEM.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa beliau diarahkan Dr Mahathir dan Nor Mohamed supaya tidak meneruskan tawaran am itu kerana kerajaan ingin mengambil semua saham dalam UEM melalui entiti yang ditetapkan iaitu Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) atau pihak yang akan dicalonkan Khazanah.

“Saya juga diarahkan agar keluar daripada UEM dan Renong sebagai pemegang saham, dan juga pengarah termasuk anak-anak syarikat dua syarikat itu. Ini mewajibkan saya untuk menyerahkan kawalan ke atas Renong dan UEM kepada kerajaan, dan selanjutnya melupuskan saham Renong milik saya dengan kerugian,” dakwanya dalam pernyataan tuntutan itu.

Halim mendakwa Khazanah telah memperoleh keseluruhan saham UEM melalui anak syarikatnya, Danasaham Sdn Bhd sekali gus memperoleh kawalan terhadap UEM yang ketika itu memiliki 32.6 peratus saham Renong.

Oleh itu, Halim, antaranya, memohon deklarasi dan pampasan berhubung pengambilan saham secara paksa oleh kerajaan bagi tempoh antara Julai dan Oktober 2001 selain memohon deklarasi bahawa beliau pemegang saham Renong.

Pada 2013, Halim memfailkan tuntutan saman RM1.8 bilion terhadap kerajaan, Khazanah dan Nor Mohamed selepas mendakwa beliau ditipu.

Bagaimanapun saman itu ditolak Mahkamah Tinggi di sini dan beliau juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 2015.  - BERNAMA

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Politik 16 minit yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 28 minit yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad