web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perhimpunan Selamatkan Malaysia: Polis Buka Kertas Siasatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2023 8:17AM

Allaudeen Abdul Majid - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis membuka satu kertas siasatan berhubung video berkaitan  penganjuran ‘Perhimpunan Selamatkan Malaysia’ yang akan diadakan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, Sabtu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata ini susulan pihaknya menerima laporan mengenai satu paparan klip video menerusi laman sosial oleh seorang individu yang menyeru orang ramai menyertai himpunan tersebut.

“Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, setakat ini lima laporan diterima pihaknya berhubung paparan klip video terbabit dengan dua individu telah direkodkan keterangan manakala empat lagi akan dipanggil bagi dirakam keterangan dalam masa terdekat.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan apa-apa perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang. Tindakan akan diambil kepada mana-mana pihak yang terlibat,” katanya.

Sebelum ini, satu video berdurasi 55 saat memaparkan seorang lelaki mengajak orang ramai untuk menyertai perhimpunan terbabit sempena Hari Malaysia dan mengenakan baju berwarna putih sebagai tanda sokongan.

Dalam kes berasingan, polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan susulan tindakan 20 individu yang cuba berarak ke bangunan Parlimen bagi menyerahkan memorandum pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kumpulan tersebut ingkar arahan polis apabila diarahkan untuk tidak berarak ke Parlimen kerana penyerahan memorandum itu telah diselaraskan oleh pihak Parlimen untuk diadakan di Tugu Negara di sini.

“Individu yang terlibat telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad