web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dari Sibu Ke Sri Aman, Keberangkatan Agong Disambut Sehangat Cuaca

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2023 8:33PM

Yang di-Pertuan Agong bersama Paduka Anakanda Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah berkenan bergambar di Jambatan Durin, Sibu - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SRI AMAN - Sambutan meraikan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa  Billah Shah sempena Kembara Kenali Borneo yang memasuki hari ke-10 hari ini sehangat cuaca yang mencecah suhu lebih 30 darjah Celsius.

Meskipun cuaca panas sebegitu, orang ramai tetap setia menanti keberangkatan Al-Sultan Abdullah bersama rombongan dan memeriahkan suasana di bahu jalan sepanjang perjalanan dari Sibu ke Sri Aman, melibatkan jarak kira-kira 224 kilometer (km) melalui Lebuhraya Pan Borneo, terutamanya di kawasan yang mempunyai penempatan.

Biarpun mengejar masa ke destinasi seterusnya seperti dijadualkan, Al-Sultan Abdullah yang memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda berkenan berulang kali berhenti atau memperlahankan kenderaan untuk beramah mesra bersalaman dengan rakyat Sarawak yang sanggup menunggu seawal pagi tadi.

Turut berangkat paduka anakanda Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah.

Petugas Bernama yang turut mengikuti konvoi Kembara Kenali Borneo mendapati hampir setiap persimpangan memasuki kampung berdekatan lebuh raya itu menjadi lokasi himpunan masyarakat setempat untuk meraikan keberangkatan Seri Paduka, paduka anakanda dan rombongan kembara ketika merentasi laluan berhampiran rumah mereka.

Hentian bas di sepanjang lebuh raya itu turut menjadi tempat berkumpul orang kampung di kawasan pedalaman yang menantikan kemunculan Seri Paduka bersama rombongan, dengan ada dalam kalangan mereka berpakaian tradisi suku kaum antaranya Iban, Bidayuh, Kayan dan Orang Ulu.

Orang ramai berpakaian tradisional suku kaum Sarawak berkumpul di hadapan Masjid Bandar Sri Aman untuk menyambut ketibaan konvoi Yang di-Pertuan Agong - gambar BERNAMA
Orang ramai berpakaian tradisional suku kaum Sarawak berkumpul di hadapan Masjid Bandar Sri Aman untuk menyambut ketibaan konvoi Yang di-Pertuan Agong - gambar BERNAMA

Paling meriah adalah suasana sambutan murid dan pelajar daripada pelbagai sekolah yang sangat seronok meraikan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan konvoi Kembara Kenali Borneo ketika melalui laluan berdekatan sekolah mereka yang terletak bersebelahan Lebuhraya Pan Borneo.

Jeritan dan sorakan keterujaan memecah kesunyian di laluan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Paoh di Sarikei, dengan puluhan pelajar serta guru mengucapkan “selamat jalan” dan “hati-hati” kepada konvoi Kembara Kenali Borneo.

Seakan meramalkan Al-Sultan Abdullah dan rombongan akan berhenti sementara untuk mengisi petrol kenderaan, orang ramai juga sanggup menunggu di tepi jalan berdekatan Stesen Petronas Layar, Betong untuk menyaksikan keberangkatan Seri Paduka dengan lebih dekat.

Kehangatan sambutan daripada pelbagai penduduk setempat antaranya di Sarikei, Saratok dan Betong mengakibatkan Seri Paduka tidak dapat mengadakan kunjungan di Masjid Bandar Sri Aman dan Fort Alice seperti dijadualkan dan perlu meneruskan perjalanan ke Kuching.

Sejurus berangkat tiba di ibu negeri Sarawak itu nanti, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijadualkan berangkat ke Majlis Penutupan dan Santapan Malam Bersama Kerajaan Negeri pada malam ini.

Orang ramai berpusu-pusu menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong - gambar BERNAMA
Orang ramai berpusu-pusu menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong - gambar BERNAMA

Setakat 6.30 petang, Kembara Kenali Borneo masih dalam perjalanan dari Pakit, di sini ke hotel penginapan Seri Paduka di bandar Kuching, yang melibatkan jarak kira-kira 184km.

Kembara Kenali Borneo akan mengakhiri pengembaraan pada esok di Telok Melano, di selatan Sarawak selepas memulakan penjelajahan dari Tawau, Sabah pada 3 Sept lepas.

Kembara yang diadakan buat julung kali, bagi merealisasikan impian Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah untuk mendekati rakyat Sabah dan Sarawak telah menamatkan perjalanan di Sabah pada 7 Sept lepas sebelum memasuki Sarawak menerusi Brunei.

Penjelajahan selama 11 hari itu melibatkan perjalanan jarak sejauh 2,154km menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad