web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-kanak 11 Tahun Ditemukan Lemas Di Pasir Gudang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2023 8:06AM

Mangsa dipercayai ke sungai tersebut bersama sekumpulan rakan untuk menangkap ikan dan mandi manda. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas di sebuah sungai berdekatan sebuah restoran di Jalan Nilam 1, Taman Cendana, Pasir Gudang, di sini petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang Pegawai Bomba Kanan I KUP Mohd Yusri Atan berkata kejadian pada jam 5.16 petang itu, mengorbankan mangsa yang dikenali sebagai Muhamad Danil Zahri Borhanuddin.

Beliau berkata seramai sembilan anggota dengan dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan tugas mencari dan menyelamat.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa dipercayai pergi ke sungai tersebut bersama sekumpulan rakan, bagi melakukan aktiviti menangkap ikan dan mandi manda.

“Bagaimanapun, mangsa ditemui pada kedalaman tiga meter dan juga tiga meter daripada tebing sungai itu,” katanya pada satu kenyataan, hari ini.

Mohd Yusri berkata petugas Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kejadian, kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 6.40 petang. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad