web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


YBR Sedia Tanggung Kos Tuisyen Pelajar Jaga Ibu Bapa Sakit Kronik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2023 5:22PM

Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Syaiful Rizal Abdul Ghani (kanan) bertanya khabar pasangan suami isteri Mazlan Latif (tengah) yang terlantar akibat angin ahmar dan lumpuh separuh badan dan Rahayu Daud (kiri) menderita penyakit buah pinggang ketika melawat dan memberi sumbangan di kediamannya di Kampung Batu Jong hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KRAI - Yayasan Bank Rakyat (YBR) sedia menanggung kos tuisyen pelajar tingkatan dua, Muhammad Adam Aizad Mazlan yang terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga kedua ibu bapanya yang sakit.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata pihaknya mengalu-alukan pihak sekolah atau pusat tuisyen yang ada di Kuala Krai menghubungi YBR bagi mencari kaedah sesuai membantu pelajar berkenaan supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran disebabkan ujian dihadapinya ketika ini.

"Kami (YBR) bersedia menanggung sebarang kos bagi memastikan Muhammad Adam tidak ketinggalan dalam pelajaran, kami agak bimbang kerana dia kerap tidak pergi sekolah kerana mahu menjaga ibu dan ayahnya.

"Jika ada pihak sekolah sendiri atau mana-mana pihak menyediakan kaedah bagi membolehkan Muhammad Adam mengulang kaji pelajaran di rumah hubungi pihak kami memandangkan dalam seminggu, tiga atau empat hari dia tidak pergi sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada Rahayu Daud, 49, ibu kepada Muhamad Adam di rumah mereka di Kampung Batu Jong, di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Muhammad Adam menjaga ibunya yang menderita penyakit buah pinggang tahap lima sejak lebih setahun dan ayahnya, Mazlan Latif, 59, pula diserang angin ahmar sebelah kanan pada Ogos tahun lepas.

Mengulas lanjut, Syaiful Rizal berkata kesediaan YBR itu bagi memastikan Muhammad Adam meneruskan pelajaran yang ketinggalan kerana pelajar itu mempunyai pontesi dan seorang anak yang baik.

“Hari ini kita menyampaikan bantuan RM5,000 bagi mengurangkan beban Rahayu dan suaminya membiayai kos rawatan pemeriksaan susulan, dialisis dan ubat-ubatan memandangkan mereka tidak mempunyai sumber pendapatan.

"Lebih menyedihkan Rahayu sudah kehilangan penglihatan di sebelah kiri dan tidak mampu bekerja hanya bergantung harap kepada bantuan serta sumbangan orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Rahayu berkata mereka sekeluarga bersyukur dan berterima kasih kepada semua penyumbang yang prihatin.

"Sumbangan orang ramai juga telah membantu saya menjalani pembedahan memasukkan manik mata sebelah kiri pada Julai lalu, sekali gus membolehkan saya berdikari dan menguruskan suami yang terlantar akibat angin ahmar,” katanya sambil menambah penglihatannya terjejas disebabkan penyakit kencing manis dan darah tinggi. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad