web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Karnival Jom Latih Belia Bina Kemahiran, Mampu Jana Pendapatan Lumayan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2023 5:10PM

Isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika melawat ruang pameran Karnival Jom Latih Belia Digital MADANI di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Karnival Jom Latih Belia Digital MADANI bertujuan memberi pendedahan kepada suri rumah tangga terutamanya ibu tunggal untuk membina kemahiran tersendiri disamping dapat menjana pendapatan lumayan.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata karnival itu susulan ketergendalaan pendapatan ramai golongan wanita di kawasan Parlimen itu selepas penularan wabak COVID-19.

"Selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan wabak COVID-19, banyak yang tergendala dan tersekat terutamanya, dalam erti kata pendapatan dan pendidikan.

"(Karnival) ini yang kita mahu terutamanya dari Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) bergabung dengan Parlimen Bandar Tun Razak dan pihak polis (sekitar kawasan ini) untuk sama-sama berusaha menarik wanita untuk datang ke program 'reskill dan upskill' ini dan menjana pendapatan lumayan buat mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan karnival berkenaan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) di sini, hari ini.

Sementara itu, ditanya sama ada akan terdapat lebih banyak program seperti karnival itu diadakan di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak, Wan Azizah berkata beliau perlu mengambil kira isu-isu lain yang melanda kawasan itu.

"Kita berusaha sebaik mungkin...kita juga perlu menyesuaikan (program) untuk golongan yang benar-benar memerlukan (bantuan) dalam bidang tertentu. Contohnya, Bandar Tun Razak mempunyai banyak isu miskin bandar yang perlu ditangani. Ini adalah perkara yang perlu kita pertimbangkan... ia bukan '’satu saiz yang sesuai untuk semua'," katanya.

Semperna karnival berkenaan, beberapa kelas kemahiran turut dianjurkan antaranya menghias kek dan menjahit aksesori manik.

Bagi suri rumah Suzana Jamhari, 49, beliau menyertai kelas menghias kek selepas perkongsian iklan oleh kawan-kawannya.

"Tak sangka menghias kek ini susah sebenarnya, tapi seronok!. Cara membentuk hiasan kek yang diinginkan dengan kadar kelembutan tangan mempunyai kesukaran tertentu, tetapi selepas banyak kali latihan, akhirnya jadi juga," katanya yang berasal dari Pudu.

Pekerja sambilan, Asnaliza Mohd Asri, 39, dari Cheras pula menyertai kelas menjahit aksesori manik memandangkan anak perempuannya menyukai fesyen dan aksesori jenis itu.

"Saya saja nak cuba buat manik sendiri sebab anak suka, jadi saya nak belajar... kebiasaannya beli siap sahaja, jadi bila ada majlis macam ini, kenapa nak sia-siakan peluang?,” katanya menambah peserta yang mengikuti program berkenaan boleh memanfaatkan ilmu baru yang dipelajari untuk memulakan perniagaan. -  BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PKR Buat Laporan Polis 3 Individu Fitnah Isteri PM Di Instagram

2

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Happy Birthday’ Azizah, Tanpa Kamu, Saya Tak Mampu Galas Amanah Ini - Anwar

3

Politik 3 tahun yang lalu

PRU-15: Wan Azizah Tak Kisah Berdepan Kamaruddin, Yakin PH Menang Di BTR

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Dr Wan Azizah Sekadar Beri Keterangan, Bukan Disiasat - Peguam

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad