web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jadikan Inovasi Keutamaan Tingkatkan Pertumbuhan Ekonomi – PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2023 12:35PM

Perdana Menteri mahu aktiviti inovasi dijadikan keutamaan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam era digital dan teknologi yang semakin pesat malah aktiviti inovasi perlu dijadikan keutamaan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata usaha mempromosikan inovasi dan teknologi tempatan perlu dipergiatkan supaya Malaysia dapat berdaya saing dengan negara-negara serantau dan pentas dunia.

Dalam ucapannya yang dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang pada majlis penutup InnoEx 2023 di sini hari ini, Anwar berkata Malaysia perlu mengambil pengajaran daripada negara lain dalam usaha mempergiatkan aktiviti inovasi.

China umpamanya telah meningkatkan usaha ke arah inovasi dan pada 2020, Information Technology and Innovation Foundation menyatakan bahawa inovasi China meningkat kepada kira-kira 75 peratus daripada keupayaan Amerika Syarikat, kata beliau.

Pada Sidang Kemuncak ASEAN-India di Jakarta baru-baru ini, Anwar berkata beliau telah mencadangkan supaya kejayaan luar biasa India terutamanya dalam perbankan digital dan kewangan mereka di kawasan luar bandar dapat dikongsikan untuk manfaat semua negara anggota ASEAN.

“Mengambil teladan daripada mereka, kita mesti membangunkan dan memasarkan penyelesaian inovatif tempatan, membimbing bakat-bakat tempatan dan seterusnya menumpukan penyelesaian inovatif yang lestari.

“Pihak pemain industri juga mesti berusaha mencari penyelesaian inovatif yang boleh menurunkan kos, menjadi lebih cekap, dan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Anwar berkata industri pusat data pula perlu mempunyai keupayaan untuk beralih kepada tenaga hijau kerana ia penting bagi menggalakkan lebih banyak pihak mengambil inisiatif yang lestari dan seterusnya meneutralkan pelepasan karbon.

Di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), beliau berkata kerajaan telah menggariskan usaha peralihan kepada tenaga hijau antaranya melibatkan sektor automatif.

Selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI, Anwar berkata kerajaan akan terus menyokong usaha penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan syarikat tempatan dan syarikat pemula bagi mendorong mereka mencapai kejayaan lebih besar dan meraih pengiktirafan antarabangsa.

“Kerajaan juga akan memudah cara industri untuk membawa masuk pelaburan dan menyokong penggunaan teknologi melalui automasi, kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin bagi meningkatkan produktiviti,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga akan menyokong bakat-bakat tempatan iaitu inovator yang ingin mengembangkan perniagaan mereka di rantau ASEAN atau lebih jauh.

“Sudah tiba masanya kita julang dan bimbing inovator tempatan menempa nama di pasaran serantau dan merebut segala peluang yang ada di luar sana.

“Kita mahu mengangkat semula darjat dan martabat negara Malaysia, untuk menjadi sebuah negara yang inovatif, maju dan lestari dengan masyarakat yang cakna dan bersedia mendepani cabaran masa hadapan,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad