web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Buka 7,500 Kuota Pekerja Asing Bagi Tiga Subsektor – Sivakumar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2023 7:31PM

Kerajaan putuskan buka 7,500 kuota pekerja asing bagi pengambilan subsektor perkhidmatan tukang gunting rambut, tekstil dan tukang emas. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membuka sebanyak 7,500 kuota pekerja asing bagi pengambilan subsektor perkhidmatan tukang gunting rambut, tekstil dan tukang emas.

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata pembukaan semula pengambilan pekerja asing bagi subsektor berkenaan tidak secara menyeluruh dan berlandaskan kepada keperluan sebenar.

Beliau berkata, keputusan Jemaah Menteri itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lepas, untuk membuka semula pengambilan pekerja asing bagi tiga subsektor perkhidmatan itu yang sebelum ini dibekukan sejak 2009.

“Tiga subsektor ini merupakan (pekerjaan) tradisi kaum India. Susulan peniaga tidak boleh bawa masuk pekerja asing mereka menghadapi masalah (kekurangan pekerja) lebih 14 tahun dan banyak antara mereka terpaksa menutup perniagaan atau telah sampai ke ambang tutup perniagaan sekiranya tidak dapat pekerja asing.

“Sebagai permulaan kita (Kementerian Sumber Manusia atau KSM) akan beri kelulusan kuota sebanyak 7,500 dan kita akan cuba selesai perniagaan yang benar-benar hadapi masalah serta dalam keadaan kritikal dahulu,” katanya pada pemberita selepas perasmian Jelajah MADANI bersama KSM di sini hari ini. 

Sivakumar berkata langkah berkenaan juga akan menghentikan kecenderungan majikan menggaji warga asing tanpa dokumen pekerjaan yang sah dan pihaknya sedia maklum bahawa kecenderungan itu berpotensi untuk berlakunya eksploitasi serta amalan buruh paksa.

Beliau berkata KSM bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperhalusi mekanisme bersesuaian bagi tujuan pelaksanaan proses berkenaan kerana kerajaan pada masa ini sudah menghentikan permohonan serta kelulusan kuota pekerja asing.

“Justeru, mekanisme yang akan dibangunkan menitikberatkan perkara-perkara iaitu permohonan tertakluk kepada perincian kuota yang ditetapkan mengikut tiga subsektor itu.

“KPDN selaku agensi kawal selia perlu menyelaras perincian kuota dengan pihak industri bagi tujuan permohonan pekerja asing berdasarkan mekanisme yang akan ditetapkan,” katanya.

Menurut Sivakumar, permohonan pekerja asing akan mengikut prosedur sedia ada dari segi saringan majikan di bawah Seksyen 60K Akta Kerja 1955 dan verifikasi untuk kelulusan kuota termasuk melalui proses temu duga bersama KPDN.

Isnin lepas, Anwar mengumumkan kerajaan meluluskan sebahagian permohonan pengambilan pekerja asing bagi tiga sektor berkenaan yang dibekukan sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau meletakkan syarat agar golongan belia tempatan diberikan latihan bagi mengisi keperluan tenaga kerja melibatkan tiga sektor berkenaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad