web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputusan Permohonan Ke UA Bagi Lepasan STPM Boleh Disemak Hari Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2023 8:04PM

Lepasan STPM yang membuat permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA) boleh membuat semakan mulai hari ini. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA) peringkat Sarjana Muda lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf bagi Sesi Akademik 2023/2024 boleh disemak bermula hari ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan boleh disemak bermula 12 tengah hari ini hingga 5 petang 16 Sept melalui aplikasi mobile UPUPocket dalam telefon pintar.

Keputusan juga boleh disemak secara dalam talian menerusi pautan https://ipt.utm.my; https://ipt.uum.edu.my; https://ipt.unimas.my; https://ipt.ums.edu.my dan http://ipt.umt.edu.my.

“Pengesahan setuju terima atau tolak tawaran akan bermula pada 8 Sept 2023 hingga 16 Sept 2023 melalui laman web UA masing-masing.

“Surat tawaran akan dikeluarkan oleh UA kepada calon yang berjaya mulai 8 Sept 2023 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan,” menurut kenyataan itu.

KPT menjelaskan pemilihan kemasukan calon kategori STPM, matrikulasi, asasi atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) adalah berdasarkan prinsip meritokrasi dengan mengambil kira 90 peratus pencapaian akademik dan 10 peratus pencapaian kokurikulum.

Pemilihan bagi calon kategori diploma dan setaraf pula berdasarkan 100 peratus pencapaian akademik.

“Berdasarkan prinsip meritokrasi itu, semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberikan peluang untuk mengikuti pengajian di UA,” menurut kenyataan itu.

KPT memberitahu kejayaan calon untuk memperoleh tawaran bergantung kepada susunan merit, memenuhi syarat am dan syarat khas program pengajian, diperaku temu duga dan/atau ujian bagi program yang menetapkan syarat yang demikian, kekosongan tempat dan keutamaan pilihan program pengajian di UA yang telah dipohon.

“Sebanyak 1,098 program pengajian sarjana muda telah ditawarkan bagi sesi kali ini. Terdapat 89,102 tempat disediakan kepada calon lepasan STPM dan setaraf di 20 UA yang melibatkan 72,772 tempat melalui UPUOnline®.

“Sebanyak 16,330 tempat lagi disediakan kepada calon feeder melalui saluran UA masing-masing. Hanya calon yang mengemukakan permohonan UPUOnline® melalui https://upu.mohe.gov.my/ telah dipertimbangkan,” jelas kenyataan itu.

Menurut KPT, jumlah permohonan UPUOnline® yang diterima bagi lepasan STPM dan setaraf adalah sebanyak 118,143 calon dengan 70,156 calon telah berjaya memperoleh tawaran.

“Sejumlah 24,846 calon lelaki dan 45,310 calon perempuan ditawarkan tempat," menurut KPT yang menambah kadar kejayaan lelaki adalah sebanyak 73.94 peratus manakala perempuan 73.49 peratus.

KPT memaklumkan tawaran laluan khas secara keseluruhan adalah sebanyak 36,365 dengan pecahan tawaran iaitu 35,892 calon kategori B40, 192 Orang Kurang Upaya (OKU), 181 atlet dan 100 Orang Asli.

Peratus calon bumiputera yang berjaya ialah 72.69 peratus daripada keseluruhan calon bumiputera yang layak, manakala calon bukan bumiputera yang berjaya ialah 78.70 peratus daripada keseluruhan calon bukan bumiputera yang layak.

"Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2023/2024 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA tidak dibenarkan," menurut KPT.

Calon yang tidak berjaya dipelawa mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® menerusi URL berikut: https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai hari ini hingga 16 Sept pada 5 petang.

“Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 4 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad