web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Titah Hakim Syarie Sabah Selesaikan Masalah Umat Islam Dengan Segera, Adil

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2023 7:47PM

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Kota Kinabalu hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Yang di-Pertuan Agong Al,-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya Hakim Syarie di negeri ini dapat menyelesaikan masalah umat Islam dengan seadil dan sebaiknya tanpa mengambil masa yang lama.

Seri Paduka Baginda juga berharap Hakim Syarie dapat melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada mereka dengan baik terutamanya dalam menyelesaikan masalah umat Islam di Sabah.

"Kita tahu ada juga rungutan-rungutan kerana kelewatan membuat keputusan yang kecil ataupun keputusan yang besar tetapi ini harus dijadikan satu tanggungjawab bersama untuk menentukan segala urusan berkaitan dengan hal-hal rumah tangga, hal-hal faraid, hal-hal undang-undang syarak perlu diuruskan dengan sebaiknya dan dengan secepat mungkin berlandaskan kepada hukum syariah dan elemen-elemen syariah," titah Al-Sultan Abdullah semasa merasmikan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah, di sini hari ini.

Projek pembinaan kompleks setinggi empat tingkat itu dengan kos RM58.12 juta adalah satu projek rancangan boleh pinda di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 yang bermula pada 9 Nov 2017 dan siap pada 22 Julai 2021.

Kompleks itu mempunyai satu dewan perbicaraan Mahkamah Rayuan Syariah, dua dewan perbicaraan Mahkamah Tinggi Syariah, tiga dewan perbicaraan Mahkamah Rendah Syariah, kamar hakim syarie, pejabat pentadbiran, bilik pegawai, bilik sulh, bilik teknologi maklumat, perpustakaan, surau, kafeteria dan taman asuhan kanak-kanak.

Turut hadir, Yang Dipertua Negeri, Sabah Tun Juhar Mahiruddin, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Al-Sultan Abdullah yang berangkat dalam jelajah Kembara Kenali Borneo, bertitah Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah secara tidak langsung adalah manifestasi kewujudan pentadbiran Islam bertapak di negeri Sabah selepas wujudnya Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak di negeri ini pada 46 tahun lalu.

"Ini usaha diusahakan kepimpinan terdahulu daripada TYT (Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri) dahulu, Ketua Menteri dahulu, menteri kabinet bertanggungjawab juga mufti-mufti dahulu dan kini," titah Seri Paduka Baginda.

Pada 23 Dis 1977, Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1977 dan melalui enakmen ini Yang Dipertua Negeri Sabah telah diberi kuasa untuk menubuhkan  Mahkamah Syariah di negeri ini.

Selepas merasmikan kompleks itu Seri Paduka Baginda  berkenan menandatangani plak perasmian kompleks itu dan mengadakan lawatan bagi meninjau sendiri fasiliti disediakan, sebelum bergambar kenangan dengan petugas mahkamah dan kemudian berangkat meninggalkan majlis.

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini berangkat dalam pengembaraan sejauh 2,154 kilometer  melalui program Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak merentasi Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran