web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Affendi Serah Tugas PAT Kepada Mohammad Pada Rabu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2023 8:11PM

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang menamatkan perkhidmatan lebih 43 tahun. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang yang bakal menamatkan perkhidmatan selepas lebih 43 tahun bersama pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), akan menyerahkan tampuk pemerintahan itu kepada Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman pada Rabu.

Affendi ketika memaklumkan perkara berkenaan berkata beliau yakin penggantinya itu, mempunyai kemampuan yang unik dan tersendiri, untuk meneruskan kesinambungan legasi dan hasrat yang telah dibina selama ini.

Beliau berkata dengan landskap keselamatan serantau dan global yang semakin kompleks dan dinamik pada hari ini, ia menuntut ATM untuk dikemudi oleh seorang pemimpin generasi moden yang lebih bertenaga, produktif serta kompetitif.

“Sejujurnya, saya menerima persaraan ini dengan hati yang terbuka, selain merasa gembira kerana telah dapat meneruskan legasi kepimpinan terdahulu, di samping dapat menyediakan asas yang sewajarnya untuk pengganti saya kelak.

“Justeru, besarlah harapan saya agar seluruh barisan kepimpinan serta segenap lapisan warga ATM daripada ketiga-tiga perkhidmatan, termasuklah warga Kementerian Pertahanan, agar dapat meneruskan sokongan dan dorongan yang sama kepada Panglima Angkatan Tentera yang baharu ini nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Perbarisan Penghargaan Panglima Angkatan Tentera Ke-21, di Pangkalan Udara di sini hari ini yang turut dihadiri isterinya Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT) Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah.

Turut hadir Mohammad, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan isteri, Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah yang juga Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT) diarak menaiki pesawat pejuang MIG 29 pada Istiadat Perbarisan Penghargaan Panglima Angkatan Tentera Ke-21 di Pengkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan, Pahang. - gambar BERNAMA
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan isteri, Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah yang juga Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT) diarak menaiki pesawat pejuang MIG 29 pada Istiadat Perbarisan Penghargaan Panglima Angkatan Tentera Ke-21 di Pengkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan, Pahang. - gambar BERNAMA

Affendi yang juga anak kelahiran Kuching, Sarawak telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke- 21 pada 2 Jan 2020, setelah mengambil alih daripada Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan akan bercuti sempena persaraannya sebelum menamatkan perkhidmatan pada Februari 2024.

Sementara itu, Affendi turut berharap warga ATM menerapkan kualiti terpuji serta memastikan integriti dan disiplin diri dipelihara dengan baik, demi nama baik dan imej pasukan agar ia sentiasa berada di puncaknya.

Beliau turut mengingatkan ATM perlu sentiasa merancang, memantau serta menilai strategi jangka panjang dengan penuh berhati-hati, bagi mengelakkan terperangkap ke dalam Sindrom Angkatan Lompong.

Bekas Panglima Tentera Udara itu, turut menyentuh aspek kebajikan warga ATM selepas memasuki alam pesaraan, dan menyeru agar mereka cakna tentang perkara ini dan membuat persediaan yang sewajarnya mulai sekarang.

Dalam ucapannya, beliau juga merakamkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Pemerintah Tertinggi ATM, kerajaan selain warga ATM di atas komitmen yang diberikan.

Terdahulu, istiadat yang dijalankan dengan penuh tradisi ketenteraan itu melibatkan 63 pegawai dan 723 anggota dengan perarakan 15 Panji-Panji, selain melibatkan 31 aset pelbagai kategori iaitu pesawat pejuang dan angkut serta helikopter daripada Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang pada Istiadat Perbarisan Penghargaan Panglima Angkatan Tentera Ke-21 di Pengkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan, Pahang. - gambar BERNAMA
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang pada Istiadat Perbarisan Penghargaan Panglima Angkatan Tentera Ke-21 di Pengkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan, Pahang. - gambar BERNAMA

Pada majlis penghargaan khas itu, turut diadakan penyampaikan Buku Memoir i38 kepada Affendi oleh Presiden Kelab i38 Lt Jen (B) Datuk Subari Tomo, sebelum acara tradisi ‘menghantar’ menggunakan pesawat MIG 29 dan ‘perbarisan hormat’ dilaksanakan sebagai tanda penghormatan kepada beliau dan isteri.

Affendi mula memasuki perkhidmatan TUDM pada 1980, setelah menamatkan pengajian di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, Kuala Lumpur sebelum ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TUDM dan dianugerahkan sayap penerbangan pada tahun 1982.

Kerjaya beliau sebagai Juruterbang Pesawat Pejuang bermula dengan pesawat MB339A, A4-PTM Skyhawk dan MiG-29 Fulcrum, sehingga berjaya memperoleh lebih 2,000 jam pengalaman penerbangan.

Sepanjang melaksanakan tempoh operasi sebagai Juruterbang Pesawat Tempur, Affendi telah terlibat secara aktif dalam pelbagai operasi udara di dalam Malaysia, termasuk menentang pengganas komunis, meronda Zon Maritim dan ruang udara negara selain turut menjadi pengasas kepada pasukan aerobatik taktikal TUDM MiG-29 yang dikenali sebagai ‘Smokey Bandit’. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad