web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Lulus Sebahagian Permohonan Pekerja Asing Bagi 3 Sektor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2023 2:33PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melancarkan Program Lestari Niaga@Kuala Lumpur D'Medan Selera Madani di Kompleks Tun Sambanthan, di sini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluluskan sebahagian permohonan pengambilan pekerja asing bagi tiga sektor melibatkan kedai gunting rambut, tekstil dan kedai emas yang sebelum ini dibekukan.

Beliau, bagaimanapun meletakkan syarat agar golongan belia tempatan diberikan latihan bagi mengisi keperluan tenaga kerja melibatkan tiga sektor berkenaan.

“Kita bagi kelulusan, bagilah sikit. Tapi saya tak nak bagi penuh sebab kena cari jalan (untuk beri latihan) melalui TVET (Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional), melalui TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional). Bagi latihan pada orang-orang muda,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Program Lestari Niaga@Kuala Lumpur D’Medan Selera Madani di Kompleks Tun Sambanthan, di sini yang turut dihadiri Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Saraswathy Kandasami.

Perdana Menteri berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat ini kerana ia melibatkan keperluan segera.

Selain itu, Anwar turut mengumumkan peruntukan tambahan RM10 juta bagi menaik taraf gerai dan warung di seluruh Kuala Lumpur.

Sementara itu, Sivakumar ketika ditemui media berkata jumlah tenaga kerja asing yang diperlukan untuk sektor melibatkan kedai gunting, tekstil dan kedai emas adalah kira-kira 15,000 orang.

“Ketiga-tiga (sektor) ini menghadapi masalah sejak beberapa tahun kerana mereka tidak boleh bawa pekerja asing untuk bekerja dalam ketiga-tiga sektor tersebut kerana ia telah dibekukan.

“Banyak usaha telah diambil untuk membolehkan orang tempatan bekerja dalam sektor ini tetapi banyak kekangan yang menyebabkan mereka sukar mendapat tenaga kerja tempatan, maka permintaan untuk ketiga-tiga sektor ini berterusan bertahun-tahun," katanya.

Menurut Sivakumar, permintaan pekerja asing bagi sektor restoran yang turut dibekukan sebelum ini telah diselesaikan apabila permohonannya dibuka pada awal tahun ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad