web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pencalonan Bagi 5 Kategori Anugerah Raja Faisal 2025 Bermula

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2023 1:04PM

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menerima Anugerah Raja Faisal bagi kategori Jasa Kepada Islam pada 2011. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Proses pencalonan bagi Anugerah Raja Faisal 2025 dibuka secara rasmi pada Jumaat bagi lima kategori iaitu Jasa kepada Islam, Pengajian Islam, Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Perubatan dan Sains.

Setiausaha Agung bagi Anugerah Raja Faisal, Dr Abdulaziz Alsebail dalam satu kenyataan berkata ini menandakan kemuncak dalam sejarah selama 47 tahun bagi mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada individu serta entiti terkemuka yang telah memartabatkan kemanusiaan dengan tugas mereka.

Beliau berkata kategori pencalonan merangkumi – Pengajian Islam (Pengajian Arkeologi di Semenanjung Arab), Bahasa dan Kesusasteraan Arab (Pengajian Identiti dalam Kesusasteraan Arab), Perubatan (Terapi Selular) dan Sains (Fizik).

"Anugerah jasa kepada Islam adalah penghormatan yang dikurniakan kepada mereka yang berjasa kepada Islam, umat Islam dan manusia secara keseluruhannya," menurut kenyataan itu.

Pencalonan bagi Anugerah Raja Faisal 2025 akan berterusan selama lebih tujuh bulan, mulai 1 Sept hingga 31 Mac 2024, dan pencalonan diterima daripada institusi akademik dan saintifik, serta pusat penyelidikan.

Butiran lanjut boleh didapati di www.kingfaisalprize.org.

Setiap pemenang bagi setiap kategori akan menerima paten kaligrafi Arab mewah, pingat emas 24 karat seberat 200 gram dan AS$200,000.

Sejak 1979, lebih 290 saintis dan cendekiawan dari 45 negara sudah menerima Anugerah Raja Faisal.

Anugerah bagi kategori Jasa kepada Islam pernah dianugerahkan kepada Tunku Abdul Rahman pada 1983, Tun Dr Mahathir Mohammad pada 1997 dan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2011. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 51 minit yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad