web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peta Standard China Berkisar Isu Kedaulatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2023 6:17PM

Peta Standard China Edisi 2023 yang dibuat secara sepihak. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bantahan Malaysia terhadap Peta Standard China yang menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan adalah berkisar tentang soal kedaulatan, kata Ketua Pengarah Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) Datuk Dr Shazelina Zainul Abidin.

Dalam konteks diplomasi, diplomat itu berkata kerajaan akan menangkis apa sahaja penerbitan pihak lain yang faktanya tidak tepat atau bertentangan dengan kepentingan Malaysia.

“Sama ada kita telah menghantar nota bantahan atau akan melakukannya dan dalam aspek diplomasi keseluruhan idea ini adalah untuk memastikan kita tidak mudah berpuas hati dengan apa yang berlaku.

“Kita tidak mengiktiraf keputusan sepihak China untuk mengeluarkan peta itu, sama seperti mereka tidak mengiktiraf banyak keputusan sepihak yang dibuat oleh negara lain.

“Dan ini semua mengenai isu kedaulatan. Jadi, malangnya, itulah yang dapat saya katakan mengenainya,” katanya kepada pemberita pada Forum on Cultural and Civilisational Diplomacy: The Framework and Best Practices, di sini Jumaat.

Kementerian Sumber Asli China pada Isnin mengeluarkan ‘Peta Standard China Edisi 2023’ yang turut meliputi kawasan maritim zon ekonomi eksklusif (EEZ) Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam, selain beberapa kawasan di India.

Kementerian Luar pada Rabu berkata Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan China di Laut China Selatan dan peta itu sama sekali tidak mengikat Malaysia.

Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Khamis berkata kerajaan akan menghantar nota bantahan kepada China berhubung tuntutan negara itu.

Mengulas mengenai forum itu, Shazelina berkata ia menandakan kejayaan menyempurnakan program latihan untuk diplomat muda dari Kementerian Luar yang dianjurkan bersama IDFR dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Mengulas mengenai forum itu, Shazelina berkata ia menandakan kejayaan menyempurnakan program latihan untuk diplomat muda dari Kementerian Luar yang dianjurkan bersama IDFR dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Program itu bertujuan untuk memastikan mereka (diplomat junior) lebih holistik, berpegang kepada prinsip kita sendiri, kepada kepercayaan moral dan kerohanian kita, dan bukannya hanya mengikut syarat ekonomi, kewangan atau perdagangan.

"Dan itu akan memberi mereka pemahaman lebih baik tentang di mana Malaysia perlu meletakkan dirinya di arena antarabangsa," katanya.

Latihan, merangkumi kecerdasan budaya, emosi dan rohani untuk memperkasakan diplomasi budaya dan tamadun, direka secara unik dari perspektif ketamadunan yang lebih luas untuk meneroka potensi dan kecekapan para peserta serta mereka yang berurusan dengan hal-hal hubungan diplomatik dan budaya. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 2 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad