web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buku ‘Shopee Rai Lokal’ Himpun Kisah Penjual Tempatan Cemerlang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2023 4:02PM

Buku "Shopee Rai Lokal - Terokai Kejayaan Anak Tempatan' boleh dimuat turun daripada laman web Shopee dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Shopee Malaysia melancarkan buku berjudul ‘Shopee Rai Lokal - Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ yang menghimpunkan kisah para penjual berprestasi cemerlang di setiap negeri, dalam usaha menyeru rakyat Malaysia membeli barangan daripada e-dagang tempatan.  

Shopee dalam kenyataan hari ini memaklumkan buku itu merupakan sebahagian kempen Shopee Rai Lokal bagi meningkatkan kesedaran berhubung cara membeli daripada penjual kecil-kecilan di kawasan kejiranan, untuk memelihara industri tempatan serta memberi galakan kepada usahawan dan pelopor tempatan.

Ketua Pemasaran Shopee Malaysia Kenneth Soh berkata kebanyakan peniaga di platform e-dagang itu mengusahakan perniagaan berhampiran kawasan mereka, justeru apabila rakyat membeli daripada kedai tempatan dalam talian, mereka menyokong produk buatan Malaysia yang menjadi nadi ekonomi tempatan dan tulang belakang komuniti.

“Kami gembira terhadap sokongan kuat diberikan kepada penjual tempatan menerusi perniagaan dalam talian mereka.

“Kami komited untuk terus bekerjasama dan menyokong perjalanan e-dagang mereka,” katanya.

Buku setebal 100 muka surat dan berwarna penuh itu boleh dimuat turun daripada laman web Shopee dalam Bahasa Melayu dan Inggeris di https://sites.google.com/shopee.com/prnewsroom/home.

Ia mengetengahkan penjual Shopee di setiap negeri yang menunjukkan prestasi cemerlang dari segi populariti, kedai terbesar, produk hijau, pengeksport, strim langsung dan juga perniagaan milik wanita.

Selain itu, buku berkenaan juga mengandungi kisah dan testimonial penjual yang memanfaatkan kejayaan mereka untuk membantu komuniti setempat.

Antara kisah yang dimuatkan dalam buku itu adalah mengenai Pengasas Pasar Kedah Zeeda Aziz, pemilik HomeDecoStore Edward Wong dan pengasas Mr Bentong, Hafiz Oon.

“Buku ini juga sebagai panduan kepada pengguna untuk melindungi diri dengan menyelitkan ‘tips’ membeli-belah secara selamat, penerangan tentang Shopee Guarantee, mengenal pasti penjual bertanggungjawab dan Polisi Keaslian 100 peratus,” katanya.

Shopee turut menyasarkan untuk mengedar 15,000 salinan buku tersebut secara percuma kepada pengguna di setiap negeri menggunakan perkhidmatan SPX, menjelang sambutan Hari Malaysia. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran