web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jaga Tatacara Pemasangan Jalur Gemilang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2023 5:08PM

Maklumat mengenai tatacara pemasangan Jalur Gemilang boleh diperolehi di laman sesawang Jabatan Penerangan Malaysia. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Orang ramai diingatkan sentiasa berhati-hati menjaga tatacara pemasangan bendera supaya jangan tersilap dalam keghairahan menyambut Hari Kebangsaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri (JaPen) Kelantan Muhd Nor Aswadi Md Nor yang menitipkan pesanan itu berkata orang ramai perlu memasang Jalur Gemilang dengan betul, terutamanya memastikan agar ia tidak terbalik, dan bendera itu cukup segala sifatnya.

“Pihak jabatan ada menerbitkan bahan berkaitan Jalur Gemilang, dan orang ramai boleh memuat turun maklumat mengenai tatacara pemasangan bendera, di laman sesawang Jabatan Penerangan Malaysia.

“Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia mulai 16 Ogos sehingga 16 September depan.

“Kita juga berkerjasama rapat dengan pelbagai komuniti MADANI dan rakan media bagi memberi penjelasan mengenai tatacara berinteraksi dengan bendera melalui kaedah tertentu,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Terdahulu beliau melancarkan Kempen Semarak Gemilang di Pasar Warisan Pengkalan Datu dengan menyertai perarakan sebanyak 22 buah bot membawa Jalur Gemilang. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar