web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laporan Awal Nahas Pesawat Diketahui 2 Minggu Lagi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2023 4:48PM

Laporan awal punca nahas pesawat di Elmina akan dimuatnaik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan dalam tempoh 30 hari dari tarikh nahas. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakaman data kokpit nahas pesawat Beechcraft 390 di Elmina telah berjaya diperoleh dan kini sedang dalam siasatan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan perkara tersebut dan memberi jaminan laporan awal akan didedahkan dalam tempoh dua minggu dari hari ini.

Hasil daripada siasatan tersebut akan diketahui umum selepas dimuat naik di laman Kementerian Pengangkutan dalam tempoh 30 hari selepas nahas berlaku.

"Data tersebut berjaya diperoleh dari semua rakaman suara dalam pesawat tersebut terutamanya 30 minit terakhir sehingga nahas berlaku.

"Rakaman itu telah dihantar semula ke pasukan siasatan kita di Kuala Lumpur. Ia sedang dianalisis dan akan disiasat.

"Laporan awal akan dikeluarkan 30 hari selepas insiden (atau) kira-kira dua minggu lagi," katanya dalam satu sidang media Kementerian Pengangkutan hari ini.

Rakaman tersebut dikirim dari makmal L3 Harris di Florida, Amerika Syarikat kepada pasukan BSKU negara ini.

Anthony berkata, pasukan penyiasat mengalami kesukaran untuk mendapatkan data tersebut ekoran tahap kemusnahan kokpit yang agak teruk.

Beliau berkata, usaha untuk mendapatkan semula data CVR dengan menghantarnya ke makmal di Singapura juga menemui jalan buntu apabila ia juga gagal.

Justeru, katanya, kerajaan membuat keputusan menghantarnya ke pengeluar asal yang mempunyai fasiliti lengkap bagi tujuan berkenaan.

Namun hasil bantuan daripada pihak makmal itu, rakaman suara kokpit pesawat berkenaan dapat diperoleh dalam keadaan baik.

"Kokpit itu boleh dikatakan mengalami kemusnahan yang agak teruk, jadi kita memang tiada fasiliti untuk menganalisis data dari kokpit.

"Dan nasib menyebelahi kita, bila dihantar ke Florida, mereka berjaya memperoleh data tersebut dan data berada dalam keadaan yang sangat baik. Keseluruhan rakaman yang diperoleh sangat jelas," katanya.

Ahli Parlimen Seremban itu juga berkata, siasatan lanjut akan dijalankan bagi memastikan punca nahas udara itu dapat dikenal pasti.

"Semua rakaman termasuk dua juruterbang itu akan dianalisis sebaik mungkin dan juga apa yang berlaku dalam kokpit dapat dijadikan sebagai satu bahan siasatan untuk mengenal pasti apakah punca berlakunya nahas tersebut," katanya.

Nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina itu mengorbankan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.

Mereka terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi orang awam, masing-masing penunggang p-hailing dan pemandu e-hailing yang menggunakan lebuh raya berkenaan. – Getaran, 29 Ogos 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 4 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad