web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RM2 Bilion Diperuntuk Bagi Fasiliti Tenaga Negara – PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2023 1:03PM

Perdana Menteri ketika melancarkan fasa kedua Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara di ibu negara. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM2 bilion sebagai dana awal bagi Fasiliti Peralihan Tenaga Negara untuk membolehkan pemangkin kewangan secara teradun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Perdana Menteri berkata, kemudahan berkenaan akan mengupayakan pemangkin kewangan berkenaan dalam memastikan kelancaran aliran sumber kewangan ke arah projek-projek peralihan tenaga yang berpotensi secara marginal atau menghasilkan pulangan bawah pasaran.

“Kemajuan kita dengan mengambil kira keadaan semasa teknologi penyahkarbonan Malaysia yang belum matang, banyak bergantung kepada sumber tenaga alternatif serta kerjasama serantau dan antarabangsa yang mantap,” kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran fasa kedua Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara di sini, hari ini.

Menekankan perkara itu selanjutnya, Perdana Menteri turut menegaskan bahawa usaha terbabit turut melibatkan aspek kewangan yang besar.

“Oleh kerana cabaran utama dalam peralihan tenaga adalah pembiayaan, adalah dianggarkan pelaburan berjumlah sekurang-kurangnya RM1.2 trilion bagi tempoh 2023 hingga 2050 diperlukan untuk membolehkan peralihan tenaga secara bertanggungjawab,” kata beliau.

 Malah, Anwar menjelaskan, pada dekad ini sahaja, kerajaan memerlukan peruntukan antara RM60 bilion dan RM90 bilion bagi menampung projek-projek penting, termasuk pengembangan pengangkutan awam, memperkukuh infrastruktur grid serta usaha latihan semula modal insan. 

Selain itu, beliau menyifatkan kecekapan tenaga itu sebagai antara tuas peralihan tenaga yang menawarkan penyelesaian jangka panjang secara berkesan dalam mengurus penggunaan tenaga, sekali gus mengurangkan lagi pelepasan karbon.

Atas alasan itu, Perdana Menteri berkata kerajaan akan melancarkan satu program retrofit besar bagi meningkatkan aspek kecekapan tenaga di bangunan-bangunan kerajaan.

“Satu platform ESCO (syarikat-syarikat perkhidmatan tenaga) akan dibentuk bagi menghubungkan ESCO swasta yang kebanyakannya adalah perusahaan kecil dan sederhana dengan projek-projek kerajaan.

“Peranan utama platform tersebut adalah sebagai satu perantara yang mengumpulkan projek-projek retrofit bangunan kerajaan dan menggalakkan penyelarasan awam-swasta dalam pasaran ESCO,” kata beliau. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad