web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Ahli Parlimen Jasin Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2023 12:37PM

Mohd Said menjadi Ahli Parlimen Jasin selama sepenggal dari 2004 hingga 2008. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Bekas Ahli Parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof meninggal dunia pukul 8.10 malam tadi, ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Allahyarham yang merupakan Ahli Parlimen bagi penggal 2004 hingga hingga 2008 itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 70 tahun.

Allahyarham yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin pernah dilantik sebagai Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) atau kini dikenali sebagai Institut Tun Perak (ITP).

Anak kedua Allahyarham, Nur Adawiah berkata jenazah bapanya akan diuruskan di kediamannya di Padang Temu, di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Temu pada 11 pagi ini.

"Allahyarham mengalami beberapa penyakit seperti jantung dan kencing manis dan terlantar sakit sejak Disember lalu dan sering keluar masuk hospital.

"Sejak beberapa hari lalu, kesihatannya agak merosot dan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas keadaannya semakin lemah tengah hari semalam sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor pakar kira-kira 8.10 malam," katanya ketika dihubungi media.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Rozana Samsudin, 66, tiga orang anak dan enam cucu.

Sementara itu Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menerusi laman Facebook rasminya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad