web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seorang Mangsa Bot Tebalik Di Teluk Batik Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2023 12:18PM

Seorang daripada mangsa bot terbalik semalam meninggal dunia ketika dirawat di hospital. - gambar JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang daripada mangsa kejadian bot terbalik di Pantai Teluk Batik, Seri Manjung semalam, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Seri Manjung, di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata polis menerima laporan bahawa Nurulafiqah Abdullah Sani, 34, meninggal dunia pada pukul 4.58 pagi.

Beliau berkata laporan polis dibuat oleh suami Nurulafiqah pada pukul 6.05 pagi.

“Pemeriksaan fizikal yang dilakukan oleh kakitangan jururawat Hospital Seri Manjung mendapati tiada unsur jenayah dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, sembilan individu termasuk tujuh pelancong warga tempatan berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di Pantai Teluk Batik kira-kira sembilan meter dari pesisir pantai.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon dalam kenyataan semalam memaklumkan, dua mangsa terpaksa diberikan rawatan kecemasan iaitu seorang mangsa lelaki berusia 17 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) dan Nurulafiqah.

Nurulafiqah kemudiannya dibawa ke Hospital Seri Manjung dan dirawat di Zon Merah. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad