web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dron Tidak Dibenarkan Sebelum dan Pada Sambutan Hari Kebangsaan – CAAM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2023 9:17AM

Larangan pengendalian dron oleh CAAM membabitkan tempoh sebelum dan pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 Khamis ini. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengendalian dron di kawasan terlibat penutupan ruang udara dalam Kuala Lumpur Terminal Control Area (TMA) sebelum dan pada Hari Kebangsaan adalah dilarang, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM).

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata larangan tersebut, adalah bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini, terutamanya yang membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang awam serta pesawat-pesawat yang sedang beroperasi.

“Pengunaan dron tanpa kelulusan dikuatiri akan mengganggu latihan dan pertunjukan udara, sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 di Putrajaya pada 31 Ogos.

“Aktiviti penguatkuasaan akan dilaksanakan oleh CAAM dan Unit Dron Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau sebarang operasi dron tanpa kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Norazman berkata sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam dan harta benda, adalah tertakluk bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 ( Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 dan Arahan Penerbangan Awam (CADs). - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan