web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ugut, Hina PM: Polis Tahan Seorang Lelaki

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2023 8:02PM

Lelaki hina, ugut Perdana Menteri melalui Facebook ditahan polis. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan seorang lelaki ditahan kerana disyaki mengugut dan menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata lelaki warga tempatan berumur 41 tahun itu ditahan pada 3.20 petang semalam di Taman Desa Budiman, Bedong, Kedah.

Beliau berkata polis menerima laporan berhubung perkara itu dan mengerahkan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk menahan lelaki yang bekerja sebagai tukang urut itu.

“Akaun Facebook suspek dikenali sebagai ‘Joe Jebat Tajudin’ telah menulis hantaran berbaur ugutan itu Sabtu lepas,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki yang mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan penyalahgunaan dadah itu direman empat hari bermula hari ini sehingga Khamis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sementara itu, ditanya mengenai kes Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, institusi diraja dan kaum) dalam ceramahnya di Johor baru-baru ini, Mohd Shuhaily berkata polis akan memanggil Abdul Hadi dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangan.

“Polis telah membuka kertas siasatan bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

PDRM juga telah menghubungi beliau (Abdul Hadi) untuk bertanyakan bila beliau ada masa lapang untuk disoal siasat berhubung kes ini,” katanya.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat hari ini mengesahkan telah menyiasat kenyataan Abdul Hadi yang dipercayai mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar, dua hari lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad