web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wau Hiasan Jadi Sumber Rezeki

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2023 7:41PM

Wau dengan corak Jalur Gemilang. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Biarpun memiliki kelulusan dalam bidang kejuruteraan, Ahmad Kalimolleh Abdul Hadi tidak kisah memilih kerjaya yang memerlukan beliau berdepan dengan habuk buluh setiap hari.

Malah keputusan pembuat wau berusia 60 tahun untuk menukar kerjaya daripada bidang pembinaan kepada seni kraf nyata berbaloi apabila ia menjadi sumber pendapatan tetapnya sejak 25 tahun lepas.

Pemegang Diploma Kejuruteraan Awam Institut Teknologi Mara (ITM) Shah Alam (kini UiTM) itu berkata selepas menamatkan pengajian, beliau sempat bekerja di sebuah syarikat pembinaan yang terlibat dengan projek di beberapa lokasi di Kelantan dan Terengganu.

"Namun selepas beberapa tahun bekerja, minat saya bertukar kepada menghasilkan wau yang sinonim dengan masyarakat Kelantan,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Biarpun memegang Diploma Kejuruteraan Awam, Ahmad Kalimolleh Abdul Hadi memilih untuk meneruskan tradisi membuat wau. – gambar BERNAMA
Biarpun memegang Diploma Kejuruteraan Awam, Ahmad Kalimolleh Abdul Hadi memilih untuk meneruskan tradisi membuat wau. – gambar BERNAMA

“Nak tukar kerjaya tidak begitu sukar kerana saya pernah belajar membuat wau daripada beberapa orang guru, malah bakat melukis yang ada dalam diri memudahkan untuk adaptasi kerjaya baharu ketika itu," katanya ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.

Keputusan nekad Ahmad Kalimolleh itu nyata berbaloi apabila beliau kini menjadi antara pilihan peminat wau untuk membuat tempahan, malah tempahan yang diterima semakin meningkat apabila memasuki sambutan bulan kebangsaan.

Beroperasi hampir setiap hari di bengkel miliknya di Jalan Tok Semian di tengah bandar Kota Bharu, Ahmad Kalimolleh memberi fokus kepada penghasilan wau untuk hiasan, namun tidak menolak sekiranya menerima tempahan wau yang digunakan untuk permainan.

“Untuk membuat wau bahan yang diperlukan antaranya ialah buluh, gam, tali serta kertas, kain atau plastik (bergantung permintaan pelanggan. Saya mampu menghasilkan empat buah wau dalam tempoh dua hari bergantung kepada saiz dan corak yang diminta,” katanya.

Menurutnya antara tempahan yang sering diterima ialah wau bulan, wau puyuh, wau kucing dan wau jala budi.

Ahmad Kalimolleh menyiapkan wau bermotifkan Jalur Gemilang. – gambar BERNAMA
Ahmad Kalimolleh menyiapkan wau bermotifkan Jalur Gemilang. – gambar BERNAMA

"Wau paling kecil pernah dihasilkan berukuran enam inci manakala paling besar 7.6 meter (25 kaki).

“Harga wau bergantung kepada corak yang diminta pelanggan, makin sukar motif semakin mahal harganya, harga jualan paling murah sekitar RM80 dan paling mahal RM10,000,” katanya yang memperoleh pendapatan lebih RM2,000 sebulan.

 Saban tahun menjelang sambutan Bulan Kebangsaan, Ahmad Kalimolleh pasti akan sibuk menyiapkan tempahan pelanggan khususnya membabitkan wau dengan motif Jalur Gemilang.

“Biasanya tempahan yang diterima membabitkan program kanak-kanak di tadika. Saya akan menghasilkan wau bulan warna putih tanpa corak.

Bulan Kebangsaan menyaksikan Ahmad Kalimolleh sibuk menyiapkan wau dengan motif Jalur Gemilang. - gambar BERNAMA
Bulan Kebangsaan menyaksikan Ahmad Kalimolleh sibuk menyiapkan wau dengan motif Jalur Gemilang. - gambar BERNAMA

"Kanak-kanak terbabit akan menghias sendiri wau tersebut dengan warna Jalur Gemilang,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad