web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kanak-kanak Lelaki Lima Tahun Maut Didera

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2023 6:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa dera ibu kandung dan teman lelakinya dalam kejadian pada Selasa lepas.

 Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan, Hospital Serdang di sini pada 12.50 tengah malam selepas dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Bantuan kecemasan telah diberikan dan mangsa didapati telah meninggal dunia. Maklumat awal mendapati mangsa dikatakan telah dilanggar lori.

“Pemeriksaan lanjut pihak hospital pada tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan lebam dan luka lama disyaki mangsa telah didera dan dipukul di sebuah pangsapuri di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan sebelum dihantar ke hospital,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati kematian kanak-kanak malang itu adalah disebabkan kecederaan pada tisu lembut akibat pukulan objek tumpul.

Anbalagan berkata susulan itu, ibu kandung mangsa, 44, dan teman lelakinya, 29, yang bekerja sebagai pemandu lori telah ditahan. 

Beliau berkata kedua-dua suspek juga telah membuat laporan polis palsu yang menyatakan telah terlanggar kanak-kanak itu dengan lori.

"Siasatan juga mendapati kejadian yang dilaporkan itu tidak berlaku dan kedua-dua suspek telah mengaku mendera mangsa sehingga mati malah lori yang disebut itu juga didapati telah dicuri di Kajang, Selangor.

"Kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis metamfetamina dan amfetamina dan telah direman tujuh hari sehingga 29 Ogos ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 20 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar