web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nahas Pesawat: Polis Sudah Rakam Percakapan 10 Individu – KP Selangor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2023 2:59PM

Seramai 10 individu sudah dirakam percakapan berhubung nahas pesawat di Bandar Elmina, minggu lalu. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis telah memanggil lebih 10 individu setakat ini bagi merakam percakapan untuk membantu siasatan berhubung nahas pesawat terhempas berdekatan Bandar Elmina dekat sini pada 17 Julai lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata antara yang dipanggil ialah mereka yang mempunyai video rakaman kejadian, pihak syarikat penerbangan dan wakil Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Kita kini menunggu sebarang perkembangan daripada siasatan daripada Biro Keselamatan Kemalangan Udara (BSKU),” katanya kepada media pada program PDRM Selangor Merdeka Ride and Carnival di Tapak Karnival, Stadium Shah Alam hari ini.

Nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina itu mengorbankan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.

Mereka terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta, yang menggunakan lebuh raya berkenaan.

Sementara itu Hussein memaklumkan polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai dakwaan seorang individu menganai salah laku seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang yang tular di media sosial semalam.

Individu berkenaan mendakwa diugut seorang anggota polis berpangkat Sarjan selepas membuat aduan kepada pihak jabatan agama Islam dan pihak pengurusan polis berkenaan kes khalwat membabitkan anggota terbabit.

”Siasatan telah diambil oleh pihak Ibu Pejabat Kontinjen Selangor dan kita akan lihat daripada laporan kedua-dua pihak. Kita akan buat siasatan lengkap sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam