web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Orang Asli Pos Bihai Dakwa Harimau Berkeliaran Berhampiran Rumah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2023 2:18PM

Kesan kemunculan harimau resahkan penduduk Orang Asli Pos Bihai. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Masyarakat Orang Asli di Pos Bihai, di sini, menyuarakan rasa bimbang kerana mendakwa kesan-kesan kemunculan harimau masih jelas dapat dilihat di sekitar kawasan penempatan berkenaan, sejak kehadiran haiwan itu mula dikesan sekitar Jun lepas.

Penduduk Kampung Tendrik Apek Asud, 39, berkata terbaharu beberapa tapak harimau ditemukan berhampiran rumah penduduk kampung itu, semalam.

"Boleh dikatakan hampir setiap malam haiwan liar itu akan berkeliaran di kawasan perkampungan kami. Pagi esoknya pasti akan ada kesan tapak kaki di sekitar kawasan rumah, dan ada juga anjing yang mati akibat serangan haiwan liar itu.

"Bila waktu malam, ada terdengar bunyi salakan anjing tetapi kami takut untuk keluar dan lihat apa yang berlaku. Jadi kami lebih banyak berkurung di rumah dan hanya ke hutan secara berkumpulan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya susulan itu penduduk suku kaum Temiar di penempatan itu sering dibelenggu rasa takut untuk keluar rumah bagi melakukan aktiviti harian.

"Sebenarnya sejak tiga bulan lepas harimau belang dikesan berkeliaran sekitar sini. Penduduk mengesan tapak kaki haiwan itu di sekitar Kampung Tendrik, Kampung Sau, Kampung Hak, Kampung Badak dan Kampung Bihai Lama sejak Jun lalu," katanya.

Penghulu Kampung Tendrik Alang Segan, 50, berkata beberapa penduduk telah membuat aduan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berhubung kemunculan haiwan itu.

"Perhilitan telah pun datang dan buat pemantauan di kawasan kampung kami. Kami berharap sangat harimau itu dapat ditangkap dan dipindahkan,” katanya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim berharap tindakan segera dapat diambil oleh pihak Perhilitan, kerana penduduk kini jelas takut untuk keluar bekerja.

“Pos Bihai ini merupakan kawasan banyak harimau…. justeru saya mohon pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak, dapat melihat betapa kritikalnya permasalahan krisis haiwan liar dengan manusia ini,” katanya.  - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan