web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saifuddin Tepis Dakwaan KDN Beri Kerakyatan Besar-besaran Kepada Warga Asing

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2023 1:30PM

Dakwaan KDN sedang proses pemberian kerakyatan kepada warga asing jejas usaha selesaikan isu kewarganegaraan dalam negara. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

POKOK SENA - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menepis sebarang dakwaan bahawa kementeriannya sedang dalam proses memberikan kerakyatan Malaysia secara besar-besaran kepada warga asing terutama dari China.

Tanpa memperincikan dakwaan itu, Saifuddin Nasution menyifatkan perkara itu satu tohmahan dahsyat yang dilontar tanpa rasa tanggungjawab yang memberi kesan terhadap usaha kementerian menyelesaikan isu permohonan kewarganegaraan ketika ini.

"Jadi inilah yang sedang kami lakukan dan bukan mudah kerana isu kewarganegaraan ini isu yang sangat sensitif, tapi saya menepis sama sekali tohmahan yang menyebut bahawa ini ialah proses pemberian warganegara besar-besaran kepada warga asing terutama dari negara China.

"Beri kami ruang untuk menyelesaikan isu masa depan anak-anak daripada keluarga Malaysia yang proses pendaftaran perkahwinan itu tidak dibuat secara teratur dan sekarang ini apabila ada masalah dan banyak bilangannya kami nak membantu dari segi perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bagi pembelian van jenazah kepada Masjid Ar-Raudhah, Sungai Durian di sini hari ini.

Pada majlis itu, Saifuddin Nasution turut menyampaikan surat kelulusan permohonan kewarganegaraan kepada seorang penerima Khatanak Sayyan, 19, yang sebelum ini tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sejak dilahirkan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata terdapat lebih 140,000 permohonan kewarganegaraan yang diterima pihaknya dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,000 telah diproses termasuk permohonan yang diluluskan.

Menurut beliau, sekiranya data berkaitan pemberian kewarganegaraan itu diputarbelitkan dan disebarkan, ia boleh memberi persepsi negatif terhadap usaha kementeriannya menyelesaikan isu kewarganegaraan termasuk yang banyak disebabkan oleh kelewatan pendaftaran perkahwinan.

"Sebab puncanya adalah pelbagai, kadang-kadang ibu bapa gagal untuk segera membuat pendaftaran perkahwinan, sedangkan dalam kes kewarganegaraan prasyarat penting dokumen ialah sijil perkahwinan. Jadi apabila ada kekurangan itu lama-kelamaan masalah timbul kepada anak-anak yang dilahirkan.

"Jadi bila mereka (ibu bapa) cuba betulkan, mereka angkat pula permohonan, permohonan pula mengambil masa yang lama, dalam kes ini 19 tahun, 20 tahun pun ada, 15 tahun itu biasa, 12 tahun lagi banyak. Jadi itulah yang saya sebutkan bahawa maksud memberi, mempermudah kelulusan kewarganegaraan adalah untuk kes seperti ini (iaitu) ibu bapa orang Malaysia, anak lahir di sini," katanya.

Sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Negara dilapor menafikan dakwaan kira-kira 54,000 warga China sedang dalam proses diberikan kerakyatan Malaysia kononnya untuk menjadi pengundi DAP. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar