web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hari Kebangsaan: PPj Sedia 50 Bas Ulang-alik, 7,652 Tempat Letak Kenderaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2023 11:33AM

Sebahagian peserta yang menghadiri raptai sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Orang ramai yang ingin menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini di Putrajaya digalakkan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan.

Pengerusi Jawatankuasa Logistik dan Persiapan Tempat, Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023, Datuk Parang Abai @ Thomas berkata Perbadanan Putrajaya (PPj) menyediakan perkhidmatan 50 bas ulang-alik (shuttle bus) Nadiputra secara percuma dari Terminal Putrajaya Sentral (TPS), Presint 7 dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Presint 5.

"Waktu operasi shuttle bus adalah seawal 4 pagi hingga 2 petang, yang diselarikan dengan waktu operasi tren MRT Laluan Putrajaya yang dijangka bermula pada pukul 4 pagi.

"Kadar kekerapan adalah setiap 10 minit pada waktu puncak iaitu 4 pagi hingga 8.30 pagi dan 10.30 pagi hingga 2 petang, namun selain waktu itu, kadar kekerapan ialah setiap 20 minit," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Parang Abai, yang juga Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi) di Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) berkata sebanyak 2,590 tempat meletak kenderaan disediakan di tiga lokasi berhampiran lokasi kutipan penumpang bas bagi memudahkan pengunjung yang ingin menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik.

Pengunjung yang ingin menaiki bas ulang-alik dari TPS boleh meletakkan kenderaan di bangunan Park and Ride (1,300 petak) dan tempat letak terbuka (290 petak)  di Presint 7, manakala yang ingin menaiki bas dari PICC boleh meletakkan kenderaan di tingkat bawah tanah yang mempunyai 1,000 petak.

"Bagi yang datang membawa kenderaan masing-masing dan ingin berjalan kaki ke tempat perarakan, sebanyak 7,652 petak tempat letak kenderaan akan disediakan," katanya menambah pengunjung disaran tiba awal ke tapak sambutan kerana jalan akan ditutup seawal 6 pagi bagi memastikan kelancaran acara.

Bagi yang ingin membawa kenderaan sendiri, tempat letak kenderaan adalah terhad iaitu di sekitar Masjid Tuanku Zainal Abidin, tempat letak kenderaan awam Jabatan Wilayah Persekutuan, Suasana PJH, Tugu Millenium, Myfarm di Presint 9, PICC, parkir awam sekitar Kementerian Pengangkutan, parkir awam bertingkat di TPS, parkir awam sekitar Bulatan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Presint 1 dan parkir awam di sekitar Presint 4.

"Bagi kenderaan e-hailing, mereka boleh menurunkan penumpang di sekitar kawasan Masjid Besi atau Kiblat Walk dan Jalan Tun Hussien di belakang Istana Kehakiman," katanya.

Parang Abai berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan pergerakan kenderaan persendirian sentiasa dikawal semasa menuju ke lokasi acara dan jika semua parkir awam berhampiran sudah penuh, maka pihak berkuasa akan bertindak menutup dan melencongkan jalan-jalan terbabit dan pengunjung boleh memilih untuk menggunakan bas ulang-alik yang disediakan.

Mengenai lencongan jalan, Parang Abai berkata ia akan bermula pada Ahad hingga Selasa ini bagi memberi laluan kepada persiapan latihan dan raptai dari jam 5 pagi hingga 11 pagi membabitkan 18 jalan iaitu Jalan Perdana dari Bulatan Putra, Lebuh Wawasan ke Lingkaran Gemilang 1, Jalan Pembangunan dari arah Jalan Tun Abd Razak dan Jalan Permodenan, Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke Bulatan Putra, Lebuh Setia ke Jalan Perdana, Jalan Perpaduan ke Lingkaran Gemilang 1, Jalan Tun Hussein ke Lebuh Bestari dan Lebuh Setia ke Jalan Perdana.

Selain itu beberapa jalan menuju ke Persiaran Perdana turut ditutup iaitu Lebuh Saujana, Lebuh Bestari, Jalan Kemerdekaan, Jalan P3F, Jalan P2K, Jalan P3C, Jalan P2S, Jalan P2W, Jalan P2P, Lebuh Setia serta Persimpangan Lebuh Saujana.

Pada hari sambutan iaitu 31 Ogos, lencongan jalan akan dilaksanakan bermula 5 pagi hingga 11pagi atau sehingga acara perarakan selesai.

Jalan-jalan yang akan dilencongkan ialah Persiaran Perdana dari Bulatan Putra, Lebuh Wawasan, Lebuh Saujana dan Lebuh Bestari ke Persiaran Perdana serta Jalan Pembangunan dari arah Jalan Tun Abd Razak dan Jalan Permodenan.

Jalan-jalan lain yang turut terlibat untuk dilencongkan ialah Jalan Tun Abd Razak dan Jalan Tuanku Abd Rahman ke Lebuh Wawasan, Jalan Kemerdekaan, Jalan P3F, Jalan P2K, Jalan P3C, Jalan P2S, Jalan P2W, Jalan P2P, Lebuh Setia, Lebuh Sentosa, Lebuh Wadi Ehsan ke Persiaran Perdana serta Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke Dataran Putra, Jalan Perpaduan ke Lingkaran Gemilang 1, Jalan Tun Hussein ke Lebuh Bestari dan Persimpangan Lebuh Saujana.

Parang Abai berkata pengguna bas Nadiputra Putrajaya juga diminta merancang perjalanan pada hari sambutan kerana terdapat perubahan laluan berikutan penutupan jalan-jalan utama seperti tiga laluan tidak beroperasi iaitu P104, P105 dan P108, dua laluan separuh jalan iaitu P101 dan P106, namun dua laluan iaitu P102 dan P103 beroperasi seperti biasa mengikut jadual sedia ada.

Selain itu, katanya pengunjung juga boleh membeli makanan dan minuman di dua tapak penjaja sementara iaitu di parkir berhadapan Hotel Dorsett dan tapak parkir berhadapan Suruhanjaya Tenaga serta dua tapak jualan food truck di Jalan Kemerdekaan bersebelahan Menara Prisma dan jalan Lebuh Bestari yang akan memulakan operasi seawal jam 6 pagi.

"Bagi yang datang bersama keluarga, pastikan juga untuk membawa sekurang-kurangnya makanan ringan dan bekalan air minuman. Pakai pakaian yang selesa dan bawalah topi dan payung jika perlu," katanya.

Menurut beliau pihak JWP turut menyediakan 100 tandas awam dan tandas bergerak serta 15 unit khemah pasukan perubatan bagi keselamatan, kemudahan dan keselesaan pengunjung. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja Bermula Di Putrajaya Di Tengah Ketegangan Sempadan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pegawai Tribunal Kastam Ditemui Maut, Kaki Dan Leher Terjerut ‘Cable Tie’

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tol Percuma Di Lebuhraya WCE Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam