web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usah Polemik Pelaksanaan Model Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi- Mohd Na'im

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2023 11:19AM

Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pihak diminta untuk tidak menimbulkan sebarang polemik yang boleh mengganggu-gugat matlamat murni pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata KPM dalam kenyataan semalam jelas menyatakan program itu disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam sahaja.

“Dalam kenyataan KPM di media sosial rasmi bertarikh 25 Ogos 2023 menjelaskan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bertujuan untuk menerapkan semangat ihsan, kasih sayang dan memperkasakan pemahaman agama dalam kalangan guru dan murid beragama Islam.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberikan sokongan penuh kepada pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi oleh KPM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Na’im turut menyeru semua pihak supaya memberikan penumpuan membangunkan negara khususnya pembangunan modal insan generasi MADANI seperti yang dihasratkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KPM dalam kenyataan semalam memaklumkan program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan dilaksanakan dengan melibatkan guru dan murid beragama Islam di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

TVET Pusat Tahfiz Awam, Swasta: Kerajaan Belum Ada Ketetapan, Namun Kenalpasti Keperluannya

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad