web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penganjur Port Fest 2033 Mohon Maaf Berhubung Insiden Tarian Ekstrim

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2023 2:30PM

Aksi tarian sekumpulan penonton remaja lelaki dan perempuan yang kurang sopan pada konsert Port Fest 2023 mengundang kecaman pengguna internet. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Tindakan segelintir penonton yang melakukan aksi 'tarian ekstrem' semasa konsert Port Fest 2023 di Dataran Ipoh di sini anjuran People Of Remarkable Talents (PORT) minggu lalu berada di luar kawalan pihak penganjur.

Pengurus Besar PORT Nur Hanim Mohamed Khairuddin berkata sehubungan itu pihaknya memohon maaf kepada semua pihak berhubung insiden itu seperti yang tular di media sosial dan menerima kritikan daripada warganet.

"Pihak penganjur dengan ini memohon maaf sekiranya adegan tarian yang sedang diviralkan tersebut telah menyentuh sensitiviti sebahagian masyarakat.

"Kaedah untuk penganjuran konsert seterusnya sedang dikaji agar peristiwa sebegini dapat dielakkan pada masa hadapan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nur Hanim berkata aksi "tarian ekstrem" itu berlaku semasa sebuah kumpulan iaitu 'UBS Band' mengadakan persembahan.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi satu minit dan enam saat memaparkan aksi tarian oleh sekumpulan penonton remaja lelaki dan perempuan yang dilihat kurang sopan.

Sementara itu, Nur Hanim berkata PORT Fest 2023 yang berlangsung dua hari pada hujung minggu lalu merupakan sebuah festival untuk mengetengahkan pelbagai sisi seni kreatif dan budaya.

Beliau berkata tujuan utama penganjurannya adalah untuk memberi pendedahan serta peluang perniagaan kepada lebih daripada 300 orang penggiat seni di sekitar Perak.

"Program PORT Fest 2023 berjaya menarik sekitar 20,000 pengunjung dan menjana manfaat kewangan sebanyak kira-kira RM450,000 menerusi jualan makanan, minuman dan produk seni kreatif, acara persembahan, pameran dan pertandingan, dan juga penyewaan penginapan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad