web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beca Merdeka Di Stesen Minyak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2023 1:56PM

Kreativiti Yazid yang juga seorang pesara tentera, menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara di stesen minyak ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan. - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JITRA - Setiap kali tiba bulan Ogos, kelibat seorang pesara tentera, Yazid Yusoff dan basikal terpakainya sentiasa menjadi perhatian penduduk setempat.

Bapa kepada lima anak itu cukup dikenali kerana sentiasa menumpahkan kreativiti bagi menghias basikal tersebut yang sudah diubah suai menjadi seakan beca, dengan deretan Jalur Gemilang.

Hasil kreativiti serta semangat patriotiknya menyebabkan Yazid kerap dihubungi banyak pihak bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan.

Bagi warga emas berusia 69 tahun itu, dia mahu memberi contoh yang baik kepada anak-anak muda dalam mempamerkan rasa cinta kepada negara.

Malah, tahun ini Yazid sedia mengeluarkan wang lebih RM1,000 bagi membeli sebuah basikal tua dan menghiasnya, sebagai tambahan kepada apa yang dilakukannya selama ini dalam usaha mengajak masyarakat meraikan hari bersejarah buat negara.

Ketika ditemui Getaran, Yazid berkata, apa yang dilakukannya itu menghadirkan rasa puas kerana dia berpeluang menyampaikan mesej kepada orang ramai agar sentiasa mencari jalan bagi memupuk kecintaan kepada tanah air.

"Basikal tua ini saya beli enam bulan lalu daripada seorang penduduk kampung berhampiran sini.

“Dengan kerjasama adik ipar, Malik Endut, 63, yang sememangnya gemar melakukan kerja-kerja besi, saya mengubah suai basikal tua tersebut menjadi seakan beca, sama seperti basikal sebelum ini.

"Kemudian saya hiaskan Jalur Gemilang pada basikal ini. Alhamdulillah, saya berasa puas dengan apa yang dilakukan kerana basikal ini nampaknya berjaya meraih perhatian termasuk golongan muda.

"Itulah yang saya mahukan supaya orang ramai 'pakat-pakat' mengingati sambutan Hari Kebangsaan. Mungkin ada segelintir yang kian lalai dan perkara sebegitu tidak sepatutnya berlaku kerana perjuangan orang terdahulu tidak boleh dilupakan begitu saja," katanya kepada Getaran.

Basikal terpakai yang diubahsuai menjadi beca dan dihiasi bendera Jalur Gemilang. - gambar Rafisqi Radhi
Basikal terpakai yang diubahsuai menjadi beca dan dihiasi bendera Jalur Gemilang. - gambar Rafisqi Radhi

Sementara itu, usaha dilakukan Yazid turut mendapat sokongan dari kawan lamanya yang juga seorang pemilik stesen minyak, Nesar Ahmad Khan, 53.

Menurut Nesar, dia berbesar hati untuk menempatkan kedua-dua basikal yang diubah suai Yazid di premis perniagaannya hingga 16 September depan, supaya lebih ramai individu boleh menikmati hasil ciptaan tersebut dan mendapat manfaat daripadanya.

Bagi memastikan kedua-dua basikal itu terletak elok di stesen minyak tersebut, Nesar turut menyediakan platform untuk memudahkan orang ramai bergambar di situ.

Yazid dan Nesar di hadapan beca yang dihiasi Jalur Gemilang. - gambar Rafisqi Radhi
Yazid dan Nesar di hadapan beca yang dihiasi Jalur Gemilang. - gambar Rafisqi Radhi

"Bagi memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan, saya sememangnya telah mula menghias stesen minyak ini dengan Jalur Gemilang di pelbagai tempat sejak pertengahan Ogos lalu.

“Apabila basikal milik Yazid diletakkan di sini, ia seakan melengkapkan usaha kami selain menghadirkan nostalgia orang lama yang pernah menjadikan beca sebagai kenderaan pada masa dulu.

"Sambutan terhadap usaha kami ini cukup menggalakkan dan saya pernah melihat seorang pelajar mengambil gambar di situ dengan lengkap bersamping serta bertanjak.

“Selain itu, pelancong termasuk dari luar negara yang berhenti di sini juga kagum dan tidak melepaskan peluang bergambar bersama basikal tersebut," katanya. -Getaran 25 Ogos 2023-

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar